Saban hari, ada saja isu mengaitkan Chef Ammar berkaitan perniagaan nasi arabnya yang menjadi kegilaan ramai di bulan Ramadan ini.
Terbaru, satu kes berlaku dimana ada pelanggan dipercayai telah menipu kuantiti yang ingin dibeli, membuatkan Chef Ammar naik hantu.
“Ada orang buat correction! Kita kena jujur jangan menipu…”
Perkongsian @AdibYiee di Tiktok merakam teguran Chef Ammar yang bengang dengan sesetengah individu yang menipu untuk mendapatkan kuantiti makanan yang lebih dari pesanan yang dibuat.
Dalam video, difahamkan ada seorang pelanggan yang tidak jujur, telah mengubah kuantiti dari 1 bungkus kepada 2 bungkus, boleh menyusahkan ramai pihak.
“Kalau nak berapa banyak, cakap awal2.. Jangan tiba2 tukar…”
Dalam perkongsian lain, empunya video ada memuat naik penjelasan mengenai apa yang diperkatakan Chef Ammar.
Chef melarang keras orang lain menukar kuantiti makanan di saat akhir kerana mereka telah mengira dari awal bajet orang yang akan dapat makanan tersebut.
“Kalau dia bijak, kita lagi bijak..”
Melalui rakaman lain, Cef Ammar berpesan kepada pekerja beliau supaya ambil maklum mengenai penipvan tersebut
“Hari ini kita guna pen warna purple, kalau dia bijak satu kali, kita lebih bijak 100 kali”
Menjengah ke ruangan komen, para netizen memuji sistem yang dibuat Chef Ammar bagi mengelakkan penipuan dan orang ramai yang beratur, hampa tidak mendapat makanan yang mereka inginkan.
Dalam pada itu, netizen juga berharap tiada lagi isu berkaitan makanan viral ini kerana simpati dengan kontroversi yang menghimpit tukang masak terkenal tersebut setiap hari.
Bagus macamni, baru takde kes beratur lama2 makanan habis.”
Berikut sedikit info mengenai Chef Ammar Al Ali
Biodata
Nama: Ammar Al Ali
Nama Gelaran: Chef Ammar Al Ali
Tempat Lahir/ Asal: Palestin
Chef Ammar telah lama menetap di Malaysia lebih dari 25 tahun dan sangat fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
Setiap kali bulan Ramadan pelanggan sanggup beratur panjang di Bazar Ramadan bagi membeli juadah Nasi Arab beliau.
Antara menu Chef Ammar yang menjadi pilihan ramai ialah Lamb Shank Mandy bersama Telur Saffron dan Ayam Ros Kabsah.
Pengalaman beliau yang luas dalam masakan semasa beliau menjadi chef di hotel dan resort terkemuka diadaptasikan bagi menghasilkan produk masakan yang sedap dengan rasa yang berkualiti tinggi kepada setiap pelanggannya.
Pendidikan
1996 – 1997: Diploma in Hospitality Food Production and Kitchen Planning, Stamford College Penang
1990 – 1992: Diploma in Hospitality Hotel Management, Kolej Universiti Taylor’s ( Know as HCIMC )
Perkahwinan
Chef Ammar Al Ali mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Zuraini Binti Abu Kassim (berasal dari Pulau Pinang).
Hasil perkahwinan dianugerahkan 3 cahaya mata.
Kerjaya
Jan 2011 – Dis 2011: Executive Chef One World Hotel Malaysia
Mac 2010 – Dis 2010: Executive Chef / Chef Consultant ZOUK NIGHTCLUB
Jan 2009 – Jan 2010: Executive Chef Taj Hotels Resorts and Palaces
Okt 2007 – Dis 2008: Executive Sous Chef Grand Millennium Hotel Kuala Lumpur
Okt 2006 – Okt 2007: Chef De Cuisine Regent Hotel Kuala Lumpur
Jun 2005 – Jun 2006: Chef De Cuisine Shangri-La Hotels and Resorts
Jun 2004 – Jun 2005: Mediterranean Speciality Chef Shangri-La Hotels and Resorts
Jun 2003 – Jun 2004: Speciality Mediterranean Chef and Middle Eastern Executive Chef Shangri-La Hotels and Resorts
Jun 2001 – Okt 2002: Spatiality Middle Eastern Chef Holiday Inn
Mac 1998 – Sep 2001: Executive Operation Manager Fast Food Resturant
Jan 1997 – Sep 1997: Lecture ( Food and Beverage and Kitchen ) Olympia Collage
Mei 1993 – 1996: Assistant Resident Manager / Head Chef Universal Enterprise Maldives
Okt 1993 – Dis 1993: Incentive Management Training Programs Concorde Hotel Kuala Lumpur
Mac 1992 – Jun 1992: Incentive Management Training Programs Kurmba Village Hotel Resort
Mei 1990 – Nov 1990: Incentive Management Training Programs Palm Beach Resort and Hotel
Rancangan TV/Restoran
Masak Dari Hati, Masak With Iman (TV Al Hijrah)
Mempunyai Studio masakan di Subang Jaya. Selangor
Sumber/ Kredit: https://my.linkedin.com/in/ammar-al-ali-5995281b, internet dan @ChefAmmarAlAli
Sumber : Redaksi
Leave a Reply