Niat Nak Bantu Kewangan Suami, Sekali Lama Kelamaan Ini Yang Majikannya Buat Sampai Buat Dia Tak Terjangka

Gambar Sekadar Hiasan. Assalam dan selamat sejahtera semua pembaca. Aku adalah seorg isteri dan ibu kpada 3 cahayamata. yg sulung berumur 15 tahun. Aku brsyukur dikurniakan anak2 yg cantik, hnsem dan pandai dari segi akedemik. Aku adalah seorg isteri yg bekerjaya, mempunyai wajah yg manis, comel.

Org sekeliling selalu cakap aku tak macam ibu yg brumur 30 an tapi macam anak dara mungkin sebab aku bertubuh kecil molek. Org skeliling selalu puji aku cukup segalanya lemah lembut baik cantik tapi aku tak pernah bangga dgn pujian tu sebab aku sedar itu semua pinjaman. kalau org tengok kehidupn aku org selalu anggap aku bahagia.

Aku punya segalanya tapi sebnarnya tanggapan org tu salah aku seorg yg memendam rasa dan pendend4m. Aku berkahwin diusia 19 thn terlalu muda. Masa anak sulung kecik kami terlalu susah untuk hidup. Aku nekad bantu dia kerja, mcm2 tpt aku pernah kerja. Smpai 1 hari aku pilih utk smbung belajar utk ubh kehidupan susah kami. Lepas habis belajar aku bersyukur ditawarkan kerja di sebuah syarikat, Alhamdulillah aku dikurniakan management dan ketua jabatan yg sgt manyaygi aku mungkin sebab keikhlasan aku bertugas. Disinila kisah aku brmula. Dalam aku sibuk bekerja membntu suami, naluri perempuan tak pernah salah aku dapalt hidu kecvrngan suami aku selepas aku bersalin anak kedua. Aku rasa kecewa sangat, pedih, bnci cinta aku dipermainkan.

Aku call perempuan tu dia mengaku dia pun cintakan suami aku. Aku pilih mengalah aku biarkan mereka. Suami aku cakap tolong bagi dia masa untuk lupakan perempuan tu. Aku simpan kesedihan dlm hati yg memakan diri aku, aku jadi pendndm, hati aku selalu ckp suatu hari nnt kau akan rasa apa aku rasa. Rasa yg terlalu sakit tapi dalam masa yg sama luaran ak nampak biasa, aku bantu suami dari segi kewangan. Ada rezeki kami dapat beli kereta untuk mudah bergerak bawa anak. Tapi perlukan downpayment kami tak ada saving, aku pinjam dari ayah aku. Monthly aku bayar hutang ayah, bantu dia bayar kereta dia. Aku tak pernah berkira bab duit tu sebab rezeki aku semakin murah. Alhamdulillah pangkat aku semakin naik disyarikat aku bekerja hasil sokongan penuh dari ketua jabatan aku. Tanpa aku sedar selama ni aku diperhatikn oleh bos aku.

Bos aku sukakan aku tapi aku tak pernah perasan sebab aku anggap dia majikan aku. Perasaan cinta aku pada suami aku semakin pudar bila aku yang terlalu berdikari dalam kehidupan kami. Segala perbelanjaan aku yg lebih banyak kaluarkan dari dia sampai 1 tahap aku rasa fed up tapi aku pndam sendri. Sampai satu hari aku sakit tervk waktu tu tengah kerja, bos nak hantar ke hospital tapi aku tak nak aku nak balik nak suami aku yg hantarkan, bila aku balik rumah aku mengadu perut aku terlalu sakit suami aku tak peduli aduan aku, aku menangis sebab terlalu sakit. Petang tu dah tak tahan sangat aku bagitahu mertua aku sakit. Mertua aku marah anak dia tak pedulikan aku. Nak jalan masuk kereta aku tak boleh bangun tapi dia tak nak papah aku dia seret aku sambil bising2 cakap aku mngada ngada.

Bila sampai hspital aku w4rded. Doktor sahkn apendik aku dah pecah dan perlu operasi segera. Kalau tengok sekarang panjang parut luuka apendik aku. Alhmdulillah operasi selama 5 jam aku berjaya diselamatkan. Bila aku bukak mata org yg ada depan aku adalah bos aku. Dia cakap tak ape saya akan jaga awak dan pastikan awak akan sembuh. Masa tu aku rasa down sangat sebab org yg aku harapkn tak ade depan mata aku. Bos aku jaga sepenuhnya sampai aku sihat baru dia izinkan aku bekerja. Lepas sihat aku kembali bertugas, tak lama tu aku disahkn pregnant anak ke 3.

Banyak dugaan aku mengandung anak ke 3 saat aku down mabuk teruk bos selalu support aku untuk terus kuat demi baby sedangkan suami sendiri cakap aku ngada2 taknak lawan m4buk. Aku diberi cuti selama 5 bulan sehingga kandungan aku betul-betul sihat. 5 bulan duduk rumah tulah siang malam aku muntah teruk, bl.e3ding, dan setiap hari bos call tanya keadaan aku. Aku tengah m.buk hnfon pun tak ingat letak mana tapi bos tak pernah jemu hantar sms tanya kesihatan walaupun aku tak balas. Sampailah aku bersalin, aku bersalin secara operasi, tumpah drh. Duduk hospital lama kos hspital tinggi skit sebab duduk lama dgn bby prem lg tapi aku sedih bila hsptl aku bayar sendiri tanpa bantuan suami aku, lepas bersalin aku nekad aku tak nak harapkan bantuan suami aku pergi hantar kami ke klinik.

Aku cakap dgn suami nak ambik lesen tapi duit saving takde suami cakap tak payah ambik lesen. Kebetulan rezeki aku bidang aku kerja memang perlukan aku untuk tahu drive sebab senang hantar pekerja kalau kecemasan. Bos cakap ambik lesen senang nanti aku cakap nantila duit simpanan tak cukup lesen mahal bos cakap reg saya bayarkan. Saya ikhlas bantu awak asalkan nanti senang awak bantu kerja saya hantar pekerja kita urusan luar.

Akhirnya lulus tapi aku tak ade kereta nak bawak, nak pinjam kereta suami dia tak bagi. Pernah sekali aku belajar drive dia duduk sebelah tapi aku tak cekap tak pndai drve macam dia aku brek mngejut dia marah2 tengking aku, risaukn kereta dia dari aku.

Aku merajuk kunci bilik dia meng.4muk aku tak bukak bilik lepas bukak aku kemas baju nak lari dia marah dia pukul aku. Aku sedih sangat dia cakap tak sengaja mulut aku cakap tak ape aku maafkn. Tapii sbenarnya salah aku pendam dalam diam. Lepas kejadian tu aku travma nak drive, sampila 1 hri ada kecemasan tempat kerja, ada pekerja luka masa tu bos meeting office boy tak datang. Aku call bos mintak dia hantarkn pekerja.

Bos aku marah aku dia masa kerja memang tegas, bos cakap bukan awak dah ambil lesen ke kenapa sampai harini saya tak pernah nampak awak drive. dia cakap belajar hidup ni jangan terlalu bergantung pada orang. Lepas setelkn pekerja yang terlibat dalam kejadian yang tak diingini tadi dia panggil aku dia cakap masuk kereta sekarang ikut saya. Rupanya dia nak ajar aku bawak kereta dia ajar aku sikit pun tak marah aku yg takut2 tapi dia cool gelak je.

Lepas aku pndai drive kerja dia jadi mudah aku banyak bantu dia untuk kerja urusan luar. Satu hari bos cakap saya janji akan naikkan pangkat awak gaji awak yg selayaknya awak dapat tapi dgn syarat sahut cabaran saya bli kereta. Alhamdulillah berkat kenaikan gaji aku lulus loan kereta, aku la bayar downpayment montly, services, insr roadtax . kalau kereta rosak aku sendiri settle. Suami tak bantu pun tapi dia selalu pakai kereta aku.

Hati aku jadi sakit bila kenangkan dulu dia beli kereta aku tolong dia bayar bulanan bayar downpayment tapi aku beli kereta susah payah dia sedap je bawak tak tolong pun sedih sangat. tapi aku pndam dalam diam. Alhmdlh rezeki lagi anak aku yg sulung dapat result cemerlang dalam upsr 6A, dia ditwrkn sek SBP yg perlukn yuran yg tinggi aku bekeras nak hantar anak ke sek ni sebab matlamat aku nak anak brjaya tapi suami taknak dia cakap tak mampu aku cakap tak ape aku keluarkan asb aku bayar yuran anak. Dari anak form 1 sampai sekarang aku yg tanggung yuran dia aku sedih sangat sebab suami biarkan aku berdikari. Hari2 g kerja dia tak pernah tanya belanja harian aku. Nafkah jauh skli.

Disebabkan prrkara ni sikit2 rasa cinta aku pada suami smakan pudar tapi aku masih tak sedar bos sukakan aku sampilah 1 hari anak kedua jatuh sakit wrded, bos aku sentiasa datang pagi sebelum msuk office, petang balik kerja malam lepas isya’ untuk support anak aku. Aku nmpk dia cium anak aku dengan penuh ksih sayang, ajar anak aku mengaji solat sesama dalam wad aku sedih sangat. Bil hospital bos aku yang uruskan semua, saat tulah aku nampak kesungguhan dia tapi dia tak pernah cakap aku dapat rasakn dari cara dia, Lepas anak keluar wad, selang 2 minggu kena checkup sebab ada masalah dalam drh anak aku, dia bagi pluang aku cuti uruskn anak2. Bos cakap anak adalah nywa kita hargai dia.

Bila anak aku checkup bos aku mesti akan datang hospital temankan anak aku bagi kata semangat sampai diorag rapat macam seorg ayah dan anak. Paling hati aku tersentuh bila aku keluar berdua dengan bos atas urusan kerja bos tak penah ambil kesempatan walau kami oustation sampai kl, penang tapi dia protect aku.

Bila singgah shell atau kedai dia kan pastikan aku lock kereta baru dia berani lepaskan aku macam tu jugak masa makan di restoran dia tak bagi bangun duduk dan makan saja dia uruskan semua dia cakap tak ape biar dia susah jangan aku yang susah. Walau dalam kerja sekalipun siapa je yg sakitkan hati aku bos aku terminated org tu 24 hours dan sanggup bayar pampasan dia cakap jangan sapa berani buat aku.

Terlalu sayangnya bos pada aku dan dia terlalu lindungi aku, satu hari bos tegur muka aku cantik comel badan seksi pakai ketat2 untuk apa, ubah penampilan perlahan2 dia belikn baju kurung hand sock stokin tudung pakailah tetapi dada bukan selak2 macm ni. Aku berubah perlahan-lahan aku sedih sangat aku diubah oleh seorg bos. Satu hari aku bergdvh dengan suami tentang duit, aku hiilang hormat pada suami aku tertinggi suara, suami cakap aku dah tak sayg dia, Aku tak jawab aku mntak dia pulangkan aku pada mak ayah aku. Suami tak nak. Aku cakap aku benci org tak solat macam dia suami tersentak dia brubah perlahan lahan, akhirnya suami jadi imam aku yg aku harap2kn bertahun lamanya yg aku doa siang malam Allah makbulkan.

Tapi kelemahan suami aku dia masih leka biarkan aku berdikari, aku terus berdiri sendri tanpa bantuan dia sampai aku dah fedup. Kami bergadvh lagi baru2 ni aku mintak dia lepaskn aku tapi bukan sebab bos aku tapi sebab aku tak cintakan dia lagi aku rasa brd.0sa hidup dgn dia dalam keadaan macamni hidup pura2 bahagia sedangkn aku derita. Aku terus terang cakap dgn dia aku tak cinta dan sayang dia lagi dia menangis merayu pada aku minta peluang kedua untuk dia baiki kesilapan dia tapi hati aku dah kosong, sejujurnya berd0sa aku dah terjatuh sayang pada bos aku. Aku terus terang pada suami siapa yg ada saat aku derita yg support aku adalah bos aku, kalau aku nak buat jahat dah lama aku curaang tapi aku ingat status aku. Sedangkn bos aku ada segalanya pangkat hrta jiwa yg besar dia ada.

Rupa memang kacak tapi aku tak seteruk tu aku masih sedar kedudukn aku, bos aku jugak pernah kenalkan anak2 dia pada aku, kami rapat anak2 dia cakap aku baik macam arwh mama deoraag. Anak2 bos aku cakap dorang redha kalau aku ada jodoh dgn ayahnya deoag terima seikhlas hati termasuk anak2 aku boleh jadikn adik mereka walau masa tu anak bos cakap dalam nada gurau aku tersentak sangat, kami jadi rpat sebab selalu rehat sama masa anak bos kje part time kat syarikat aku kerja. Sekarang aku dah terus terang dgn suami dia tak nak lepaskan aku. Dia tak boleh hidup tanpa aku dia cakap dia sanggup aku tak cintakn dia asalkan jangan tingglkan dia dan anak2. Aku cakap aku nak bertaubat sebab duakn rasa cinta dia bagi peluang aku hidup sendri. Sebab selama ni aku sendri. Tapi dia tetapi tak nak lepaskan aku walau aku dah nekad, dia brtaubat menangis semahu mahunya dambakan cinta aku semula.

Perlukah aku beri peluang kedua pada dia setelah bertahun tahun aku derita. Dia cakap aku tiada gelang ganti aku terlalu indah terlalu sempurna sampai dia leka abaikn aku. Aku dah mula sayangkan bos aku, susah aku nak buang rasa ni. Berdosanya aku doakan hati aku kuat untuk kembali mncintai suami aku semula.

 

Sumber: Buletin Malaysia Via TWOeKesah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*