Shuk Sahar Luah Rasa Kosong Tanpa Keluarga Di Sisi, Sampaikan Ada Kalanya Menangis

Sebelum ini, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah memuat naik sebuah video di laman TikTok yang memaparkan anak perempuan meluahkan rasa rindu terhadap bapanya.

Tak akan lupa pada anak

Shuk menegaskan dia tidak pernah sesekali melupakan dua puterinya iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 3. Kata pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar, dia dan anak-anak akan ‘video call’ setiap hari. Saya tak pernah lupakan mereka dan kisahkan mereka. Sebelum mereka pulang ke Sabah, saya ada berjumpa. Setiap hari saya mesti video call dengan anak-anak.

Tambahnya lagi, dia akui masa dengan anak-anak sangat terhad kerana Rossalennah atau lebih mesra disapa Sera yang menjaga sepenuhnya. Tapi kebanyakan masa, memang anak-anak Sera yang jaga. Sera jaga anak-anak dengan cukup baik, saya tak nafikan. Cukup bagus. Shuk berkata demikian ketika ditemui di gerai minuman Semooth sempena Fiesta Ramadan di Aeon Big, Seksyen 23, baru-baru ini.

Kosong tanpa keluarga

Ditanya perasaan menyambut Ramadan tanpa isteri dan anak-anak, pelakon filem Adnan Sempit 2 akui rasa tak sempurna dalam kehidupan. Masa bulan puasa ini pun dah terasa bezanya, tak perlu tunggu raya nanti. Bangun sahur dah rasa lain, apatah lagi masa berbuka puasa. Walau ada kawan-kawan, tapi kosongnya itu masih terasa tanpa keluarga di sini.

Ada ketika saya menangis. Tapi apa yang terjadi, saya tahu ia kesilapan sendiri. Saya terima dan reda dan cuba untuk betulkan walaupun tahu ada perkara yang kita boleh betulkan dan ada yang tidak. Tapi sekurang-kurangnya saya mencuba. Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Terdahulu, isu pergolakan semula rumah tangga Shuk dan Sera, tular di media sosial berikutan pendedahannya tentang Shuk yang didakwa berlaku cvrang. Sumber, Oh Bulan

Status Rumah Tangga Masih Lagi Belum Terjawab, Tular Dah Kahwin Lain Tapi Ini Jawapan Shuk Sahar

Shuk akui hubungannya dengan Rossa Sera masih tergantung. Konflik rumah tangga Shuk Sahar masih belum berkesudahan apabila pelawak itu kali kini didakwa sudah berkahwin dengan kekasihnya iaitu Fara Salleh. Tampil menjelaskan dakwaan tersebut, Shuk, 36, berkata, dia perlu menyelesaikan hal rumah tangganya dahulu jika mahu berkahwin lain.

“Belum berkahwin. Pada saya, kalau nak buat apa pun (kahwin lain) saya perlu selesaikan satu persatu isu yang ada dahulu. Hubungan saya dengan Sera pun tak tahu pengakhirannya macam mana. Jadi, saya sedang aturkan yang terbaik. Bukan untuk kehidupan saya, tetapi untuk semua pihak, daripada semua sudut, keluarga dan anak-anak. Doakanlah yang terbaik sebab saya pun dah penat nak cakap itu dan ini,” kata Shuk.

Pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar itu ditemui di gerai minuman Semooth sempena Fiesta Ramadan di Aeon Big, Seksyen 23, Shah Alam pada Ahad. Sebelum ini, timbul dakwaan Shuk sudah berkahwin dengan Farah selepas wanita itu berkongsi video kemesraan mereka di TikTok. Malah, isteri kepada Shuk juga pernah memuat naik video dia berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada Mac lalu yang menimbulkan spekulasi mengenai perpisahan mereka.

Hubungan saya dengan Sera pun tak tahu pengakhirannya macam mana.

Dalam pada itu, Shuk memberitahu dia sudah serik untuk memberi penjelasan setiap kali isu mengenai dirinya tular di media sosial. “Bila saya cakap begini, orang kata saya nak berlakon jadi mangsa. Bila saya mengaku salah, orang kata saya bangga pula dengan kesalahan yang dibuat. Jadi saya nak jawab macam mana lagi? Itu sebab saya cuma minta semua orang doakan yang terbaik saja. Tapi pasal kahwin itu, memang betul saya belum berkahwin lagi. Kalau dah kahwin, saya akan jemput. Benda baik kenapa tak jemput. Tapi buat masa sekarang, saya punya perancangan hidup itu lebih kepada nak fokus bisnes. Tak fikir pun dasal hal lain,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai hubungannya dengan anak-anak, kata Shuk, dia tidak pernah melupakan kedua anaknya iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2 meskipun mereka kini berada di Sabah. “Saya memang kisah tentang mereka. Saya pun ada berhubung cuma yela, masa saya dengan anak-anak memang kurang la sebab salah satunya mereka kini berada di Sabah. Kebanyakkan masa pun anak-anak dengan Sera. Dari segi kebajikan anak-anak memang Sera jaga anak-anak dengan cukup baik,” ujarnya. Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan dua anak perempuan.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*