Wajah Macam Siti Sarah, Sekali Ini Pula Respon Dari Shuib Buat Ramai Yang Terkejut

Seorang gadis jadi tumpuan ramai apabila video dia menyanyikan lagu popular Siti Sarah Raissuddin berjudul Kesetiaan menjadi tular. Rakaman di sebuah majlis perkahwinan itu tular kerana wajahnya dikatakan mirip dengan penyanyi berkenaan. Namun apa yang tidak sedap didengar apabila terdapat komen segelintir warganet yang membandingkan suaranya dengan Siti Sarah. “Muka ada iras tapi suara tak. Wow sekali pandang memang sama. Dua kali pandang masih sama. Tapi terperanjat sebab suara lain,” demikian antara komen netizen.

Gadis berkenaan, Nurul Amera Sulaiman mengakui dia amat terkejut apabila wajahnya dikatakan iras dengan Siti Sarah. Jelasnya, video yang tular dirakamkan ketika dia menyanyikan beberapa lagu di majlis perkahwinan seorang rakannya di Puchong, Selangor pada akhir Mac lalu. “Saya merupakan salah seorang pengiring pengantin, jadi pada hari tu saya berada sehingga selesai majlis. Masa tu nak dekat pukul 4 petang dan ramai tetamu dah balik. “Jadi, saya luangkan masa untuk menyanyikan beberapa lagu termasuk Kesetiaan yang dipopularkan oleh Siti Sarah,” kata gadis berusia 21 tahun itu. Amera yang lebih mesra disapa Meyy bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa wajahnya tidak seiras dengan Siti Sarah seperti yang diperkatakan warganet.

“Rakaman tu daripada sudut sisi saya menyanyi. Masa tu saya pakai bulu mata palsu, termasuk memakai tudung gaya seperti Sarah. “Jadi, sekali pandang mungkin saya nampak macam Sarah. Sebenarnya tak seiras dan ini pertama kali saya disamakan dengan Sarah,” ujarnya yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Menurut pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Raudhah College di Cyberjaya itu lagi, walaupun tidak seiras tetapi persamaan yang diperkatakan itu dianggap sebagai penghargaan. “Memang tak sama, tapi apabila pandangan orang luar menyamakan dengan Sarah sudah tentu saya terharu. Siti Sarah merupakan seorang penyanyi yang begitu disegani.

“Mengikuti perkembangan Siti Sarah semasa hayatnya, saya suka dengan keperibadian Sarah yang merendah diri,” katanya yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah tadika. Menjadikan karya Siti Sarah seperti Kesetiaan dan Semakin sebagai lagu wajib dinyanyikan ketika berkaraoke, Amera akur personalitinya yang ceria merupakan satu-satunya persamaan dengan penyanyi itu. Dalam pada itu, Amera menyedari beberapa komen membandingkan suaranya dengan Siti Sarah, namun dia tidak berkecil hati. “Sudah tentu tak sama, orang lain menyanyi mesti ada perbezaan. Janganlah bandingkan suara sayan macam Siti Sarah yang hebat dan mempunyai aura tersendiri. “Saya menyanyi sebagai Amera, bukan dibuat-buat untuk menyanyi seperti Siti Sarah. Biarlah saya menyanyi apa saja lagu dengan cara tersendiri. “Cuma satu yang saya mahu seperti Siti Sarah, iaitu persembahannya yang begitu berkeyakinan dan memukau,” katanya.

Reaksi Dari Shuib

 

Sumber : Mstar/IG

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*