“Istimewa Nama Bilal”- Neelofa Cerita Proses Pilih Nama Anak Sulung

Nama Neelofa sudah tidak asing lagi di Malaysia terutamanya dalam industri hiburan, terkenal sebagai antara selebriti paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai kontr0versi.

Noor Neelofa mended4hkan pemilihan nama anak pertamanya, Muhammad Bilal dilakukan atas sepakat bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz.

Menurut Neelofa, dia suka nama tersebut selain hasrat suaminya yang mahukan ia mempunyai makna baik yang boleh diceritakan buat permata hatinya itu bila besar nanti.

Dia juga memberitahu mengenai nama anak, mereka banyak berbincang untuk beberapa nama. Namun, Haris telah memberikan senarai nama pendek dan suka dengan nama ‘Bilal’. Cuma waktu itu, Haris ada sebut, kalau boleh biarlah pemilihan nama itu boleh diceritakan kepada anak nanti,” katanya.

Sebolehnya, Haris mahu nama anaknya dipanggil dengan panggilan penuh. Jarang bila nama Bilal akan diringkaskan menjadi ‘Lal’.

Pasangan ini berkata demikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Neelofa & Haris di Cili Kampung, Hartamas, pada Khamis.

PU Hariz juga mended4hkan disebalik pemilihan nama tersebut yang begitu cukup berkenan dihati. 

“Bila banyak diundang untuk berikan ceramah, cerita mengenai Bilal (Bilal bin Rabah) ini memang betul-betul terkesan dekat hati.

“Kalau boleh saya ceritakan secara ringkaslah. Pertama, dia orang yang berpegang benar kepada prinsip. Kalimah Allah SWT tidak dibuat main sehingga dia s4kit dan hampir m4ti, tak buat main.

“Kedua, dalam sebuah hadis meski ia ada sedikit keragvan… siapa yang menjadi bilal untuk beberapa tahun, dia akan masuk syurga tanpa dihis4b. Sebab dia seru orang sembahyang hari-hari.

“Ketiga, Bilal ini juga seorang insan yang mana dia berjalan di dunia, nabi kata aku dah dengar tapak kaki kau di syurga. Subhanallah.

“Jadi semperna dengan berkat nama Bilal ini, kita berdoa malah kepada semua orang juga. Semoga anak ini dapat ambil berkat namanya. InsyaAllah,” kata PU Riz lagi. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*