Sedihnya Bila Tengok Talita Menangis Sebab Kena Ejek Di Sekolah, Tak Sangka Kawan Cakap Sampai Macam Ni Sekali

Tidak dinafikan, pemergian penyanyi berbakat dan juga isteri kepada Shuib Sepahtu iaitu Siti Sarah Raisuddin masih tetap dirasai sehingga ke hari ini walaupun sudah hampir 10 bulan Siti Sarah pergi tinggalkan kita semua. Ahli keluarga Sarah pastinya sangat rindu dengan beliau kerana hubungan mereka sekeluarga sememangnya akrab dan kehilangannya tinggalkan kesan yang sangat mendalam. Terbaru menerusi laman instagram, anak perempuan Shuib iaitu Talita jadi perhatian ramai apabila luahannya membuatkan ramai sebak. Menerusi video tersebut, dapat dilihat Talita yang mesra disapa Dekta menangis dan memeluk neneknya selepas pulang dari sekolah.

Apabila ditanya, Dekta menyatakan bahawa dirinya diejek oleh salah seorang rakan, dengan berkata “padan muka ibu dia dah tiada”. Mendengar luahan tersebut, neneknya iaitu Siti Fatimah Suberi lantas menenangkan Dekta, dan menasihati kanak tersebut supaya banyakkan bersabar. Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 79k tontonan, 11,909k tanda suka dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata turut sebak mendengar luahan Dekta. Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat Covid19. Allahyarham menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos tahun lalu yang diberi nama Ayash Affan. Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Komen warganet:

 

Sumber : instagram suciuwais

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*