Muka Je Nampak Macam Garang, Sekali Sharnaaz Ahmad Beri Ucapan Hari Jadi Pada Shukri Buat Ramai Yang Cair

Kasih sayang seperti adik kandung! Itu antara ucapan ‘sweet’ pelakon Sharnaaz Ahmad sempena hari kelahiran sahabatnya Shukri Yahaya. Ucapan tersebut dibuat oleh Sharnaaz menerusi satu hantaran terbaru di Instagramnya, malam semalam. “Happy Birthday buat sahabat, brother kesayangan. Aku rasa hang tau dah macam mana aku sayang dekat hang. “Jadi just stay the way u are, stay humble, always be the best dengan apa yang hang buat. Semoga terus sukses, bahagia di samping Tya Adnan, Ameena dan Pak Maliki,” katanya. Jelas Sharnaaz, dia juga berterima kasih kepada Shukri kerana banyak mengubah dirinya sepanjang mereka berkenalan. “Terima kasih kerana banyak tone down aku jadi lebih berguna di masa ini. Happy Birthday lil brother, love u always,” katanya.

Ucapan Sharnaaz kemudian menarik perhatian ramai warganet yang kagum dengan ikatan persahabatan kedua-dua pelakon hebat itu. Ada yang menganggap ia satu perkara yang ‘sweet’, namun tidak kurang juga menganggap ia satu tindakan yang comel terutama apabila ucapan itu keluar dari isi hati Sharnaaz. Sekadar info, Shukri Yahya menyambut ulang tahun kelahirannya pada hari ini, 13 Jun, sekali gus menjadikan pelakon berkenaan kini berusia 34 tahun. Untuk rekod, Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya Adnan pada 20 November 2015 di Masjid Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Komen warganet:

 

 

Sumber, Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*