Tampil Tunjuk Aksi Baru, Kali Ni Ramai Luah Kecut Perut Lepas Tonton Aksi Terbaru Cik Manggis

 

Nurshazwani Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Cik Manggis atau Manggis “De Fam” seringkali memuat naik video yang kadang kala tidak terfikir untuk kita lakukan.

 

Memuat Naik Video Aksi Di Atas Tali

Terbaru, di Instagram milik Cik Manggis, dia ada memuat naik satu video yang menunjukkan dia mempelajari perkara baharu. Dalam video tersebut, kelihatan dia dengan berani dan yakin berdiri di atas tali tanpa sebarang bantuan atau alat sokongan yang lain.

 

Menyebarkan Aura Positif

 

Di video tersebut, Cik Manggis menyatakan bahawa dia seolah-olah berbangga dengan golongan manusia yang suka meneroka dan mempelajari perkara yang baharu. Malah dia juga turut menyatakan golongan ini merupakan golongan yang akan menyebarkan keyakinan dan aura positif kemana sahaja mereka pergi.

 

Warganet Kagum Aksi Cik Manggis

Meninjau keruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan aksi yang ditonjolkan oleh Cik Manggis. Aku pula yang terketar-ketar kepala tegok dia terketar kaki dekat atas tali. Weh mcm terapung awal2 tu sakit jantung aku. This girl can do everything. Malah bukan setakat kagum, warganet juga turut kecut perut melihat aksi yang dilakukan oleh Cik Manggis kerana berani berdiri di atas tali tersebut. Walaupun itu merupakan percubaan baru buatnya, tetapi warganet tetap memuji dengan kesungguhan tersebut.

 

Sumber: era

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*