Sejak semalam seluruh warga industri seni tanah air berduka selepas mendapat perkhabaran yang mengejutkan serta menyedihkan apabila Adibah Noor pergi buat selamanya. Astro Gempak sempat berjumpa dengan dua orang rakan yang sering bekerjasama dengan Adibah iaitu Liza Hanim dan Jaclyn Victor di satu rakaman program nyanyian semalam. Menurut Liza, Adibah Noor seorang insan yang penuh dengan semangat positif dan kehilangannya amat dirasai lebih-lebih lagi dia pergi menghadap illahi akibat knser sama seperti bapa dan bapa mentuanya.“Speechless tak sangka betul sebab tak dengar berita bila dia s4kit macam tak percaya.
“Saya tak rapat dengannya tapi bila saya bersama dia ketika sama-sama buat persembahan nyanyian dia selalu bagi positif vibes…tak kira orang baru atau sesiapa dia sentiasa welcome. “Bagaimana pun apa yang membuat saya sebak dan terasa adalah dia pergi akibat knsr sama seperti bapa saya. Amat memilukan,” katanya. Sementara itu, Jaclyn Victor pula mendedahkan mesej terakhirnya bersama Adibah yang ketika itu ingin membantu seorang rakan industri seni yang sedang sakit. “Malaysia telah kehilangan satu permata yang sangat berharga, tak tahu ada lagi tak insan sehebat Adibah yang kita tahu mempunyai bakat besar dalam nyanyian, lakonan dan pengacaraan.
“Sebenarnya saya teringat mesej terakhir dia kepada saya yang bertanyakan mengenai seorang pemuzik yang tak sihat dan memerlukan pertolongan. Saya tak tahu ketika itu dia pun sakit. Sedih…,” luahnya.Adibah dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Sabtu di sebuah hospital swasta di ibu negara selepas difahamkan menghidap penyakit knsr ovari. Adibah Noor telah pun selamat diuruskan di Tanah Perkbran AU4, Keramat Kuala Lumpur kira-kira jam 11.31 pagi tadi.
Sumber : gempak

Leave a Reply