Rasanya buat yang mengikuti drama Bisik-Bisik Gelora pasti antaranya cukup geram dengan watak dilakonkan oleh Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin apabila sikap panas barannya mencetuskan ramai penonton juga ‘panas’. Walau bagaimanapun, itu membuktikan bahawa lakonan Redza Rosli sangat menjadi.
Pun begitu, melihatkan pula satu rakaman video dikongsikan oleh pelakon Raysha Rizrose bersama Redza Rosli ini nampaknya dengan pantas netizen hadir dan ‘serbu’.
Mana tidaknya, jika dalam drama Bisik-Bisik Gelora mereka ini sering bergaduh dan Jad Izzuddin pula selalu memarahi Arumi mencetuskan video tersebut mencuri tumpuan ramai yang berbeza pula di luar drama.
Gelagat sweet Raysha Rizrose dan Redza Rosli apabila mereka cuba mengikuti video trend di aplikasi TikTok ini bagaimanapun membuatkan ramai yang suka disamping ditinggalkan ribuan tanda suka ramai.
Hantaran video oleh Raysha Rizrose diakaun miliknya, Raysharizrose96 tersebut dengan disertakan kapsyen, “Hish ada orang main tipu,” itu membuatkan ramai netizen hadir diruangan komen dengan ratusan reaksi.
“Kenapa lah dekat Bisik-Bisik Gelora tak sesweet ini!!!”
“Tenang sikit tengok, ni gak duk bergaduh selalu”
“Sedih dan sakit hati betul tengok citer ni”
“Sejak tengok citer ni boleh kena darah tinggi aku dengan Jad ni”
Sumber: HCL
Leave a Reply