Shahir Bakal Dirikan Rumah Tangga, Kini Ini Respon Erra Fazira Dan Siap Tampil Berikan Nasihat

Penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi Shahir Zawawi yang bakal mendiri.kan rumah tangga tidak lama lagi. Shahir sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan primadona filem Melayu itu. Erra, 48, ber kata dia turut gembira apabila mendapat tentang perkhabaran itu dan mendoakan agar ikatan per.kahwinan yang bakal dibina Shahir berkekalan hingga ke jannah.

 

“Alhamdulillah, gembira mendengar perkhabaran tersebut. Apabila mendapat tahu yang dia mahu ber kahwin, saya terus hantar mesej dan mengucapkan tahniah. Dia pun tak sorok dari pada saya. Tambahan pula, saya rasa dia dah sangat bersedia untuk bergelar suami. Jadi, saya berharap agar perkahwinan tersebut bakal menjadi perkahwinan pertama dan terakhir buatnya, dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya. Sementara itu ketika ditanya mengenai status terkininya, Erra berkata dia masih solo dan tenang menjalani kehidupan bersama anak tunggal nya, Engku Aleesya.

“Nak mencari jodoh bukannya mudah, tanya diri sendiri perlu ke jodoh… kalau jodoh membuat hidup kita tak tenang, so what’s the point? Setakat ini, saya okay dengan keadaan begini, lebih tenang… saya boleh lebih beri fokus terhadap kerja dan bisnes,” katanya lagi.

 

Erra sebelum ini pernah mendirikan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Oktober 2007 namun disahkan berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan, Erra dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.

 

Sumber: era

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*