Tunggu Masa Yang Sesuai, Zara Zya Dedah Tunggu Masa Untuk Umumkan Jejaka Pilihannya Yang Bakal Berkahwin

Pelakon Zara Zya mendedahkan bahawa kini dia hanya menunggu masa yang tepat untuk mengumumkan siapakah jejaka yang berjaya memikat hatinya dan bakal dikahwini.

Tunggu waktu yang tepat

Menurut pelakon berusia 37 ini, fasa perkahwinan adalah sasaran seterusnya setelah dia sudah berjaya dalam bidang seni dan perniagaan. Tunggu, sabar. Saya nak simpan dulu. Bila sudah tepat pada waktunya, keluar. Tak naklah macam sebelum ini. Orang keluarkan gosip, sampai sekarang orang berteka-teki dan mendoakan saya.

Ujarnya lagi, dia meluahkan rasa bersyukur kerana orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan sentiasa menunggu siapakah jejaka yang berjaya menambat hatinya itu. Alhamdullilah, orang mendoakan yang terbaik dan sentiasa menanti siapakah gerangannya. Jadi, biar orang tertunggu dulu, sampai masa saya terus umum.

Bukan lelaki yang digosipkan selama ini

Apabila ditanya sama ada jejaka berkenaan adalah orang dalam industri hiburan, pelakon Love You Mr Arrogant itu tidak mengiyakan mahupun menafikan pertanyaan tersebut. Difahamkan, lelaki terbabit adalah bukan sesiapa yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini. Siapakah dia, tunggu. Belum lagi kisahnya keluar di media sosial. Saya berjaya menyimpan mengenainya. Ramai orang petik yang orang itulah, inilah, tetapi tidak.

 

 

 

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*