[VIDEO] Abang Viva ‘lamar’ kekasih dalam live

Sukarelawan yang terkenal dengan jolokan ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar sekali lagi menjadi bualan ramai di media sosial apabila tular sebuah rakaman siaran langsung di TikTok memaparkan dia ‘melamar’ seorang wanita.

Dia dilihat mengeluarkan kata-kata seakan-akan ingin melamar seorang wanita yang dipercayai kekasih hatinya dikenali dengan nama Evanoza telah mencvri perhatian pengikutnya ketika sesi siaran langsung tersebut.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, Azwan turut menunjukkan sebentuk cincin kepada wanita berkenaan sehingga membuatnya terkedu.

“Ini serius, Evanoza binti Zakaria, sudi tak awak terima lamaran saya?.

“Saya tanya, terima atau tidak,” soalnya.

Video:

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tumpang gembira melihat kemesraan di antara mereka berdua serta mendoakan agar hubungan tersebut berakhir ke jinjang pelamin.

Komen netizen:

 

 

 

 

Sumber: Kosmo

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*