Tular Video Abang Viva Lamar Temat Wanita Masa Tengah Buat Live Tiktok, Sekali Jawapan Perempuan Tu Tarik Perhatian Ramai

Sebut sahaja tentang bencana banjir yang melanda negara hujung tahun lalu pasti membuatkan kita teringat akan jasa bakti sukarelawan-sukarelawan dari pelbagai negeri yang bersatu hati hadir membantu sasaran bah. Salah seorang daripada mereka adalah Azwan Omar yang mendapat jolokan Abang Viva kerana datang dari Melaka menaiki kereta Produa Viva seorang diri ke kawasan banjir di Selangor semata-mata mahu menghulurkan bantuan.Selepas peristiwa itu, Abang Viva terus menjadi perhatian ramai dan telah mengumpul pengikutnya yang tersendiri di media sosial. Kisah peribadinya turut mendapat perhatian dengan yang terbaru dia dikatakan telah melamar teman wanitanya secara siaran lansung di aplikasi TikTok.

 

Teman wanita malu2 kata terima. Dalam video itu, Abang Viva dengan santai telah melamar teman wanitanya sambil menunjukan cincin di kamera secara tiba-tiba sehingga membuatkan wanita itu sedikit terkejut. Walau bagaimanapun, selepas beberapa kali lamarannya dianggap seperti ‘main-main’, pemuda tersebut terus memanggil nama penuh wanita itu yang dikenali sebagai Evanoza dan bertanyakan semula sama ada dia sudi menerima ataupun tidak. Lamaran ikut SOP ke bang? Betul jaga jarak. Menjengah ke ruangan komen rakaman video siaran langsung Abang Viva di TikTok yang dikongsikan semula oleh pengguna media sosial dikenali sebagai @arianaevee, ramai yang telah tinggalkan ucapan selamat pengantin baru kepada pemuda itu. Mereka juga mendoakan agar urusan Abang Viva terus dipermudahkan lebih-lebih lagi untuk mendirikan rumah tangga selepas lamarannya diterima oleh wanita tersebut Cepat2 lah kawin kalau macam ni.

Sumber: era

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*