Bateri Jantung Tinggal 10, Peratus Bob Lokman Kurang Sihat – ‘Selagi Bateri Tak M4ti Selagi Itu Saya Hidup’

Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman memaklumkan bahawa penggunaan jantungnya kini hanya tinggal 10 peratus sahaja.

Menurut pemilik nama sebenar Mohd. Hakim Lokman, kesihatan dirinya berada dalam keadaan tidak baik dan hanya bergantung kepada alat bantuan jantung iaitu Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Saya kini berada di rumah dan tidak berapa sihat. Keadaan jantung saya juga kini tinggal 10 peratus sahaja lagi. Selagi bateri ini tidak mati, selagi itu saya bernafas.

Apabila sudah sampai ajal, habislah. Tunggu waktu sampai sahajalah. Selagi sempat, selagi itulah kita mencari kesempatan untuk menjadi lebih baik.

Dalam pada itu, pelakon berusia 58 tahun ini turut mengatakan bahawa dia perlu menjalani raw4tan susulan setiap tiga bulan bagi memantau tahap kesihatannya dan perlu bergantung kepada ub4t-ub4tan yang diberikan oleh pihak hospital.

Rawatan susulan di hospital untuk berjumpa doktor memang ada iaitu tiga bulan sekali. Jantung ini seperti bateri, walau setiap hari cas pun, makin lama makin kurang juga.

Walau bagaimanapun, dia tetap berasa bersyukur dan hanya berserah kepada keajaiban kuasa Allah SWT terhadap dirinya.

Itulah, kita boleh jangka apa, ia sentiasa berjalan dan bergerak. Badan pula gemvk, banyak yang tidak sihat. Jantung tidak kuat, namun perlu banyak juga menggunakan jantung.

 

Tidur pakai jantung, makan dan buang air pun pakai jantung. Jadi, semakin tervk jantung itu. Tidak boleh nak jangka apa, cuma bersyukur sahaja. Selagi ada umur, saya bersyukur sahaja.

Difahamkan, Bob Lokman menerima raw4tan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah sejak Oktober pada tahun lalu kerana jantung pada bahagian atasnya sudah tidak berfungsi dengan baik.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*