Baru Je Selesai Buat Operasi Di Bahagian Leher, Terkejut Bila Tiba Tiba Farahdhiya Sahkan Diri Dia Kini Positif Covid 19

Penyanyi Farahdhiya memaklumkan dia kini positif wabak covid-19, tidak lama selepas selesai menjalani operasi di bahagian leher baru-baru ini. Namun Farahdhiya tetap bertenang dan menganggap perkara itu sebagai ujian daripada Allah SWT. Perkara itu dikongsi sendiri oleh penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu menerusi akaun Instagramnya hari ini. Dalam perkongsian tersebut, Farahdhiya turut berkongsi foto makanan yang dimakannya ketika sakit dan gambar ujian calitan covid-19. “Bukan lauk pantang tapi lauk orang kena covid-19. Selepas 2 tahun lebih, akhirnya tewas dengan covid-19. Hari ini baru larat nak post, baru selesa buat operasi, sekarang saya pulang ke rumah untuk kuarantin pula. “Tak mengapa, Allah sayang, Dia bagi kita sakit, Dia bagi rehat yang banyak,” coretnya. Banyak Urusan Tertunda & Dibatalkan

 

Dalam pada itu, Farahdhiya juga memaklumkan dia terpaksa membatalkan serta menunda pelbagai urusan disebabkan masalah kesihatannya itu. Justeru, dia memohon maaf kepada pihak yang berkenaan.“Saya terpaksa batalkan dan tunda pelbagai perkara. Saya minta maaf sangat atas kesulitan ini, saya akan kembali bekerja minggu depan, Insya-Allah. “Terima kasih kepada kawan-kawan yang disayangi kerana hantar ubat, makanan dan macam-macam lagi, anda tahu anda siapa,” kongsinya lagi. Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Farahdhiya dan rakan-rakan industri memberi kata-kata semangat serta mendoakan kesembuhan buatnya.

 

Terdahulu, media tempatan melaporkan Farahdhiya menjalani operasi kecil di bahagian leher. Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan secara spesifik tentang penyakit yang dialaminya. Difahamkan juga, Farahdhiya telah dibenarkan kembali bekerja sekitar seminggu selepas pembed4hannya itu namun jadualnya kini berubah disebabkan covid-19 pula. Posting Faradhiya itu mendapat pelbagai reaksi dari rakan artis dan juga peminatnya. Ramai juga turut mendoakan kesihatan beliau : Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

Sumber: Era Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*