Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Puteri Sarah Nekad Ambil Tindakan Ini Pada Ira Kazar

SELEPAS lama berdiam diri, akhirnya pelakon Puteri Sarah Liyana memulakan tindakan saman terhadap Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga menganggu rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof. Menurut Sarah atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 36, tindakan saman ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan semua kemelut selepas empat tahun memendam perasaan. “Empat tahun saya berdiam kerana mahu beri peluang. Kalau boleh nak selesaikan masalah ini tanpa melibatkan mahkamah dan tak perlu satu Malaysia tahu. Apabila sudah sampai tahap begini saya rasa ia biadab. “Memang selama ini ada niat hendak ambil tindakan, tetapi masa itu saya asyik terfikir apa akan terjadi kepada saya, perkahwinan dan keluarga.

 

“Selepas pulang dari umrah saya sangat yakin dengan keputusan ini. Saya juga ada buat solat istikharah dan nampak jalan apa yang harus dilakukan,” katanya. Puteri Sarah ditemui media di perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Shah Alam pada pagi Khamis. Dia hadir bagi membuat aduan berkaitan rumah tangganya ke jabatan itu. Sebelum ini, Sarah sendiri mendedahkan Ira menyebabkan hubungan rumah tangganya bergolak. Bukan sekadar didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Syamsul, Ira juga dikatakan mengganggu kehidupan Sarah sendiri dengan menghantar pelbagai ugutan melalui pesanan di sosial media.Sarah melalui peguamnya menfailkan saman terhadap Ira di mahkamah sivil pda 26 Jun lalu dan wanita tersebut sudah menerima surat arahan supaya menghentikan sebarang bentuk gangguan dua hari kemudian.

 

Kes ini akan mula dibicarakan di mahkamah pada 4 Julai depan. Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga. Sampai bila saya mahu dipijak-pijak. Lega dengan keputusan membawa kes ini ke mahkamah, Sarah juga berharap ia dapat membuka jalan buat mana-mana wanita yang mengalami nasib sama untuk melakukan tindakan terbaik. “Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga. Sampai bila saya mahu dipijak-pijak. “Jadi kepada sesiapa yang nak sondol (rampas) selepas ini perlu lebih berhati-hati. Saya mahu pertahankan perkahwinan dan perjuangkan hak sendiri. “Kalau dah ambil orang punya duduk diam-diam, jangan ambil dan canang sana-sini serta kacau keluarga orang lain,” jelasnya. Dalam permohonan yang dibuat, Sarah mahu Ira tampil memohon maaf dan berhenti daripada melakukan sebarang tindakan gangguan terhadapnya. Sementara itu Sarah enggan memberi komen lanjut tentang hubungan dia dan Syamsul dan memberitahu suaminya itu ada datang melawat ketika anak-anak mereka dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.

 

Tambahnya lagi, dia turut menjelaskan bahawa jika dia tidak mempunyai bukti, untuk apa dia sibuk mahu menyaman wanita yang telah mengganggu rumah tangganya itu. “If takde bukti buat apa lah i sibuk nak saman.”-kata Puteri Sarah Hari ini, Puteri Sarah tampil bersama peguam utuk meneruskan proses undang-undang terhadap pihak ke tiga yang terus menerus menganggu dia dan keluarga. “Dah ambik orang punya, duduk diam2”-Puteri Sarah. Malah, Puteri Sarah baru-baru ini mendedahkan ‘modus operandi’ yang digunakan oleh indivdu bernama Ira Kaza, iaitu anak kepada pelakon veteran, Kaza demi merosakkan mahligai bahagia bersama Syamsul. Terdahulu Menerusi sebuah video TikTok milik @Choco Zain, Puteri Sarah berkata dia terpaksa menghadap b.uli siber yang dilakukan oleh Ira Kaza, semenjak empat tahun lalu sehingga sekarang.

 

“Dia macam siberb.uli. Orang macam ini dia tak gembira dengan kehidupan sendiri sebab itu dia kacau orang lain. Sekarang saya nak bagitahu sebab sebelum ini orang tidak tahu macam mana saya kena. “Dulu bila saya dengan suami dekat rumah, tengah happy.. ada saja fake account yang DM saya. Nak kacau mental saya, cuba nak psycho. “Dia saja nak saya fikir bukan-bukan pasal suami saya. Lepas itu, saya dan suami akan gdh. Itu modus operandi dia, suka kacau mood orang,” jelasnya. Tambah aktres jelita itu, tindakan Ira Kaza disifatkan sebagai seorang ‘Attention Seeker’ dan membuatkan dirinya menangis serta kerap bergdh dengan Syamsul, yang juga seorang pengarah terkenal. “Masa mula-mula saya kena, tak faham lagi. Asyik menangis.. Asyik bergdh dan fikir bukan-bukan. Sekarang, modus operandi dia dah tak jalan (berhasil).

 

“Selalu orang ketiga dia akan buat macam itu, demi dapatkan perhatian,” ujarnya. Dalam pada itu, Puteri Sarah turut ditanya soal dia tidak takut terus menyebut nama orang ketiga? Jawabnya, tidak kerana dia sudah lama memendam perasaan sakitnya seorang diri dalam hati. “Tak! Sebab dulu saya tak pernah mention. Saya dah malas nak simpan! Dulu saya kena macam ini, saya simpan. Kemudian kacau mood, saya selalu lepas marah dekat anak-anak. Syaikhul yang kena, kesian dia. Rasa sedih pun ada. “Saya tak nak off DM. Sebab itu akan menunjukkan saya takut,” jelasnya. Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

 

Sumber: Era Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*