Nafi Bumi Berputar Dan Luah Tak Percaya Manusia Ke Bulan, Sekali Ini Luahan Suhaimi Saad

Baru-baru ini viral kerana terdapat satu perkongsian di TikTok mengenai teori bumi dan bulan mengikut pandangan Suhaimi Saad.

 

Dikongsikan Semula Oleh Pengguna TikTok

 

Meninjau di TikTok, pengguna tersebut yang menggunakan akaun penama dash_azzra berkongsikan video berdurasi lapan minit tiga puluh saat mengenai penerangan Suhaimi Saad. Dalam video tersebut, Suhaimi berkongsikan kepada warganet mengenai teori bumi dan bulan mengikut pandangannya sendiri.

 

Tidak Percaya Manusia Ke Bulan

 

Mengikut video tersebut, terdapat satu soalan dari warganet yang bertanyakan kepada Suhaimi mengenai pandangannya terhadap manusia ke bulan. Dalam video tersebut, Suhaimi seolah-olah menafikan bumi, bulan dan awan dalam keadaan bergerak dan dia menerangkan logik disebalik pendiriannya itu. Kalau bumi berputar, kapal terbang akan terbang dan bumi berputar… kapal terbang tidak boleh ikut bumi sebab bumi laju… Tak logik, fikir guna otak pon tak logik. Awan awan semua tertinggal sebab bumi bergerak… jadi untuk ke bulan itu bohong.

 

Menerima Pelbagai Reaksi Warganet

 

Meninjau diruangan komen, terdapat pelbagai komen yang diberikan oleh warganet. Ramai yang tidak bersetuju dengan teori yang diberikan oleh Suhaimi Saad tersebut. Ya Allah tidurkan dia…letih dah dia berfikir. Haish rupa dan pemikiran dia sama. The head of the palataologist. Kalau saya lompat dalam bilik saya kemungkinan untuk saya landing dekat dapur rumah tu macam possible ni. Suhaimi mengakhiri penerangannya dengan menyatakan bahawa dia tidak percaya dengan adanya manusia ke bulan dan bumi dan bulan dalam keadaan berputar.

 

Sumber: Murai.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*