“Abah bangun abah,bangun…abah bangun abah” – Tangisan anak syurga baru kehilangan abah tersayang buat ramai seb4k

Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada yang dilahirkan sempurna fizikal dan mental tetapi ramai juga yang dilahirkan tidak sempurna ment4l dan fizikal dan menjadi insan istimewa.

Kehilangan seseorang yang amat bernilai dalam hidup insan istimewa ini memberikan impak yang serius kepada mereka kerana insan istimewa ini, mereka tidak faham apa itu kehilangan seseorang yang takkan kembali lagi kepada mereka.

Itu apa yang dialami oleh seorang insan istimewa yang kehilangan insan yang paling istimewa dan rapat dengannya iaitu ayahnya yang telah kembali ke rahmatullah. Titisan air mata yang tidak berhenti berderai membasahi pipinya itu menandakan kesedihan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Sebuah rakaman video telah dimuatnaik di media sosial apabila seorang insan istimewa yang menangis memanggil abahnya yang telah pergi menemui penciptanya membuatkan sesiapa yang melihatnya turut berduka. Apabila dia memanggil “Abah bangun abah” itu sambil menangis membuatkan ramai yang turut mengalirkan air mata.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang turut berdvka di atas kehilangan abahnya itu dan mendoakan semoga Arw4h Abahnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal. Ada juga yang turut bercerita mengenai kehilangan masing-masing seperti yang dilaluinya sekarang.

Komen Netizen:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : sinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*