
Rapper terkenal, Caprice tampil mengulas isu tentang kenyataan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar menyarankan orang ramai mengurangkan pengambilan telur berikutan kenaikan harga makanan berkenaan.
Kenyataan Norena kepada media itu telah pun tular dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan warganet, terutama yang masih bergelut untuk membina hidup baharu ketika era peralihan ke endemik. Caprice dalam satu hantaran terbaharu di Instagram(IG) miliknya petang semalam mengulas mengenai isu itu di dalam segmen yang diwujudkan di sosial media setelah sekian lama iaitu “What Is On The News Today” Dalam isu itu, Caprice seolah-olah mencipta ‘formulanya’ sendiri tentang apa yang berlaku.
“Memang kalau harga telur meningkat kita kena kurangkan makan teluar dan jika harga ayam dan daging meningkat pun kita kena kurangkan makan ayam dan daging tapi jangan sampai makan b*b*. Dan…apabila kebodohan meningkat kita kene kurangkan orang bodoh dalam kerajaan Malaysia. Insya-Allah selamat,” pesannya. Tidak cukup dengan itu, Caprice sempat berseloroh dengan memerli supaya wakil rakyat dapat membeli (telur) dengan harga borong.
“Saya harap harga kismis tak akan meningkat sebab warganet dan rakyat Malaysia kena makan kismis. Saya nak cadang wakil rakyat dapat harga borong lah,” ujarnya. Sejak semalam video temu bual menteri KPDNHEP Melaka itu tular dan ramai warganet Malaysia marah dan cuba memerli kenyataan itu di media sosial.
Sumber: Era Kini
Leave a Reply