Isu rumah tangga pelakon, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof hangat diperkatakan sehingga hari ini. Isu tersebut bertambah panas apabila Sarah akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang dikatakan mengganggu kehidupannya selama ini. Terbaru, Sarah sempat meluangkan masa bersama anak-anaknya meskipun sedang sibuk menguruskan urusan mahkamah bersama peguamnya. Di Instagram, anak-anak Sarah iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah kelihatan sangat gembira ketika keluar bersiar-siar bersama ibu mereka. Menurut Sarah, hari cutinya digunakan sebaik-baik yang mungkin untuk menggembirakan hati anak-anak.
Namun perhatian peminat lebih tertumpu kepada gambar keluarga tersebut tanpa kehadiran bapa kepada anak-anak Sarah iaitu Syamsul Yusof. Walau bagaimanapun, warganet yakin Sarah seorang wanita yang kuat dan mampu membahagiakan anak-anak meskipun tanpa kehadiran suami di sisi. Terbaru, seorang individu bertanya kepada Sarah sama ada dia sudah melihat ataupun belum video viral di TikTok berhubung Syamsul dan Kazar di sebuah kedai emas. Menurut Sarah, dia tidak kisah mengenai video tersebut. Tambahnya, dia tidak berasa hairan sekiranya suaminya itu mahu membayar saman Ira Kazar. Ujar Sarah, kes saman ini akan diteruskan dan ianya dikategorikan sebagai kes jnyh. Tak kisahlah Syamsul nak bayar saman Ira Kazar ke tak, janji saman tetap saman dan masuk kes jnyh. Terdahulu, Sarah nekad untuk meneruskan saman terhadap pihak ketiga ketika dia sedang menunaikan ibadah umrah pada bulan lalu. Ujar Sarah, sepanjang empat tahun ini rumah tangganya sering diganggu dan maruahnya tercalar berikutan ‘penyondol’.
Sumber: Era Kini

Leave a Reply