Ibu Tampil Muat Naik Gambar Anak Dan Menantu, Sekali Ini Luahan Ibu Syamsul Yusof Buat Ramai Yang Sebak

Kisah pergolakkan mahilgai rumah tangga yang dibina oleh pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan isteri Puteri Sarah Liyana sedang divji. Semuanya kerana kehadiran orang ketiga yang bernama Ira Kazar anak kepada penyanyi dan pelakon Kazar. Semalam masuk pula episod baru apabila ada video yang sedang tular menunjukkan Syamsul Yusof ada buat content bersama bapa Ira iaitu Kazar.

Rata-rata kurang senang melihatnya kerana dilihat seperti tidak menjaga hati Puteri Sarah yang sedang membawa kes ke mahkmah. Dalam pada itu, menjenguk di laman Instagram milik ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail, iaitu isteri kepada Datuk Yusof Haslam, beliau ada muatnaik dua posting di IG stories.

Yang pertama ialah gambar anaknya Syamsul Yusof bersama Puteri Sarah sedang mencvmbui anak sulung mereka iaitu Syaikhul. Datin Patimah muatnaik gambar mereka bertiga yang merupakan gambar lama. Di latar belakang gambar itu, merupakan nukilan hati nyanyian dari Opick berjudul Cahaya Hati.

Jelas kelihatan kata-kata dari lirik lagu berkenaan yang turut disertakan di sebalik foto berkenaan. Mendengar bait lirik lagu berkenaan dan melihat foto Syamsul, Puteri dan anak sulung mereka itu, memang terasa seb4k di hati. Melalui satu lagi hantaran, Datin Patimah muatnaik video sedang berzikir.

 

Dalam pada itu, berkenaan video di kedai emas, Syamsul Yusof tidak meahu memberi sebarang komen. Walaupun video itu dikatakan hanyalah lakonan untuk kedai emas berkenaan, namun memang banyak yang tak senang sebab adanya Kazar yang merupakan bapa kepada Ira, wanita yang disam4n oleh Puteri Sarah Liyana.

Sementara itu, peguam kepada Puteri Sarah Liyana mengesahkan pihak mereka akan meneliti video berkenaan sekiranya ianya melanggar per1ntah mahkmah dan menggangv ketenteraman Puteri Sarah.

 

Sumber: Era Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*