Ramai Tertanya Keberadaan Syamsul Yusof Dan Bapa Ira Kazar Di Kedai Emas, Sekali Pemilik Kedai Tampil Jawab

Pengarah filem Mat Kilau Keb.ngkitan Phlawan, Syamsul Yusof, 37, enggan mengulas mengenai video memb.abitkan dia dan pelakon Kazar Saisi di sebuah kedai emas yang tular di Tik Tok. Syamsul yang dihubungi hanya menjawab ringkas tiada komen menerusi kiriman WhatsApp daripadanya berhubung perkara itu. “No komen. Ini lah komen saya,” tulisnya ringkas.

 

Menerusi video yang tular di Tik Tok itu, Syamsul dan Kazar dikatakan bekerjasama terbabit dalam c.ontent untuk mempromosikan emas di sebuah kedai emas yang terletak di luar ibu kota. Dalam video itu juga kelihatan hubungan Syamsul dan Kazar yang juga bapa kepada wanita dikenali Ira yang kini hangat dikaitkan dengannya serta k.ontroversi rumah tangga itu dilihat rapat, mesra dan profesional seperti tiada apa-apa yang berlaku. Bagaimanapun, rata-rata warganet di media sosial mengkritik tindakan Syamsul yang disifatkan tidak sensitif untuk menjaga hati keluarga terutama isterinya, Puteri Sarah.

 

Ini Reaksi Pemilik Kedai

 

Kisah rumah tangga pengarah dan pelakon Syamsul Yusof bagaikan tidak berpenghujung apabila hampir setiap hari ada sahaja hal sensasi berkaitan isu hubungannya dengan isteri, Puteri Sarah. Terbaharu, tular pula video di TikTok menunjukkan Syamsul bersama pelakon veteran, Kazar di sebuah kedai emas. Dalam video tersebut, bapa kepada Ira Kazar itu dilihat berada di bahagian kaunter penjual melayan permintaan Syamsul untuk mendapatkan seutas gelang tangan. Perkara tersebut lantas memicu pelbagai reaksi warganet lebih-lebih selepas Puteri Sarah menfailkan s.man di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ke atas Ira Kazar yang didkwa menjadi orang ketiga mengnggu hubungan rumah tangganya.

 

Cuba mendapatkan reaksi pemilik kedai emas di Ipoh, Perak yang menjadi lokasi rakaman video tular antara Syamsul dan Kazar itu. Bagaimanapun, wanita dipercayai pemilik kedai emas yang dikenali sebagai Rozita enggan mengulas lanjut mengenai rakaman video tersebut. Menurut salah seorang kakitangan kedai dikenali sebagai Ruzaimi memaklumkan Rozita mendkwa mengetahui kehadiran sekumpulan kru produksi ke premis untuk melakukan sesi penggambaran.

 

“Puan Rozita memaklumkan bahawa dirinya tahu mengenai penggambaran itu di kedai. Namun harap maaf beliau tidak mahu mengulas mengenai video terbabit,” katanya ketika dihubungi pada Selasa. Ditanya apakah tujuan video itu dirakamkan, Ruzaimi memaklumkan dia tidak mengetahui sama ada babak itu sebagai sebahagian gimik pemasaran atau sebaliknya. “Maaf saya tidak tahu mengenai perkara itu. Saya sendiri tiada di tempat kejadian ketika penggambaran dibuat,” jawabnya.

 

Menerusi tinjauan di akaun Instagram kedai emas berkenaan, ramai selebriti lain dilihat pernah mempromosikan barangan kemas di kedai sama antaranya pasangan selebriti Azad Jasmin dan Eira Syazira. Sebelum itu, media melaporkan peguam Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadar akan meneliti rakaman video tersebut untuk mengetahui sama ada wujud pel.nggaran p.rintah in.terim in.junksi yang dikeluarkan m.hkmah pada 24 Jun lalu.

 

Sumber: Era Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*