“Perkara itu juga pernah berlaku dalam hidup saya” – Ashraf Muslim Ded44h kunci bahagia bersama 2 isteri

PELAKON, Ashraf Muslim mengakui bukan mudah untuk mencapai kata sepakat dalam rumah tangga sewaktu peringkat awal pernikahan poligami.

Ashraf berkata, sebagai suami dia perlu bijak menyelesaikan permasalahan yang timbul dengan tenang dan sabar.

“Berusaha untuk mencari pendekatan yang baik. Peringkat awal itu susah, tapi kita tenang dan sabar, tenang dan sabar,” kata kepada mStar.

Ashraf yang kini bahagia melayari bahtera perkahwinan dengan dua isteri, Dr Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi turut menasihatkan agar masyarakat jangan mudah menghukum membabitkan permasalahan rumah tangga orang lain.

Ashraf mengharapkan agar pengguna media sosial bersopan ketika ingin meluahkan pendapat.

Perkara itu khususnya di berlaku di media sosial.

“Kita sebagai masyarakat jangan kutuk. Doakan yang baik-baik dan cakap yang baik-baik. Kata-kata ini juga satu doa dan kita tidak tahu dan takut sekiranya ia terpalit kepada kita balik.

“Kadangkala kita terlupa perkara begitu. Jadi kita kena berfikiran positif. Perkara itu juga pernah berlaku dalam hidup saya, jadi senang cerita doa yang baik-baik.

“Sekiranya hendak menegur, gunalah bahasa yang baik dan jangan sampai menyakiti hati mana-mana pihak. Seelok-eloknya berbincangan antara satu sama lain,” jelasnya.

Bimbang apabila berada dalam keadaan tertekan, ia akan mendorong kita untuk melakukan menjadi musyrik yang bertentangan dengan agama.

ASHRAF MUSLIM

PELAKON

Bagi Ashraf, individu yang sedang berdepan dengan konflik rumah tangga memerlukan sokongan dengan kata-kata positif.

“Ini supaya mereka fikir ada lagi yang sayang dan dapat membuat keputusan yang baik. Bimbang apabila berada dalam keadaan tertekan, ia akan mendorong kita untuk melakukan menjadi musyrik yang bertentangan dengan agama,” tambahnya lagi.

Tidak kurang itu, pelakon filem Ada Apa Dengan d0s4 itu turut meluahkan pandangan agar jangan jadikan media sosial sebagai tempat berkongsi masalah rumah tangga.

Ashraf bersama ahli keluarga ketika menyambut Syawal Mei lalu.

“Bagi saya benda-benda seperti hal keluarga, lebih baik menjadi simpanan diri sendiri. Bila perkara sebegini berlaku secara tidak sedar kita mungkin sudah terbuka aib sendiri.

“Kita kisah sama ada cerita tentang kebahagiaan atau k3$usahan dalam diri kita, apa saja yang berlaku kepada diri, biarlah kita sendiri yang menyelesaikannya. Sebab takut nanti ia akan menimbulkan masalah lain,” kata Ashraf.

Ditemui pada acara tayangan perdana filem Musyrik Api Neraka Menantimu, selain Ashraf naskhah tersebut turut dibintangi Aeril Zafrel, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

 

 

Sumber: MSTAR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*