Shila Amzah Dah Mula Pening Sebab Nenek Selalu Minta Bawa Balik Kekasih Hati Baru, Sekali Ini Komen Warganet

Setiap kali ahli keluarga berkumpul di musim perayaan, golongan bujang pasti tidak terlepas menerima soalan berhubung mendirikan rumah tangga. Begitu juga dengan penyanyi, Shila Amzah apabila neneknya sudah mula bertanya mengenai teman lelaki baru selepas bercerai dengan bekas suami Haris Idraki Elias. Menurut kapsyen sekeping fotonya di laman Instagram, penyanyi berusia 32 tahun itu seolah-olah ‘pening’ dengan permintaan neneknya kerana masih belum mempunyai pengganti. Not my grandma kept on asking me to bring my new boyfriend home when I don’t have any,” tulis penyanyi lagu Patah Seribu itu. Melihat di ruangan komen, beberapa individu mengakui berdepan soalan sama apabila mereka pulang ke kampung halaman atau bertemu sanak saudara. Namun, tidak kurang juga segelintir lelaki tinggalkan komen berseloroh dan usikan dengan menawarkan diri mereka sebagai calon kekasih Shila.

Shila Amzah memberitahu pintu hatinya tidak pernah tertutup untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki dalam hidupnya selepas dirinya berpisah. Menurut laporan Harian Metro, penyanyi berusia 32 tahun itu sudah mulai bosan hidup tanpa pasangan.“Saya tak pernah ‘single’ terlalu lama. Hidup saya bosan kalau kerja saja dan tak ada apa-apa hubungan. Pun begitu, jelas anak kepada penyanyi ND Lala, dirinya bukanlah tidak boleh ‘single’ terlalu lampu, sebaliknya ia menyeronokkan tapi bukan untuk setiap hari. “Saya bukanlah tak boleh ‘single’ terlalu lama. Jadi ‘single’ ini seronok tapi bukan untuk hari-hari.”kata Shila. Pada masa yang sama, Shila menegaskan dirinya tidak pernah serik untuk mendirikan rumah tangga kerana baginya tidak semua lelaki mempunyai personaliti yang sama. “Saya juga tak serik untuk berumah tangga sebab saya masih muda dan yakin semua lelaki tidaklah sama.

 

“Kita tak boleh nak pukul rata semua lelaki.” jelas pelatun lagu Patah Seribu itu. Malah, ibu kepada anak seorang ibu mengatakan dirinya tidak pernah meletakkan sebarang tanda aras tertentu dalam mencari teman hidup. Menurut Shila, dia hanya mementingkan keserasian diri dan pasangan sahaja. “Saya dah tak ada ciri spesifik untuk lelaki yang saya mahukan. Orang kata kalau nak doa untuk jodoh perlu spesifik seperti sebelum ini. “Saya terlalu spesifik sangat macam kena tinggi dan kena pandai. Selepas ini, saya akan lebih terbuka dan tengok mana yang lebih sesuai.”terang Shila apabila disoal mengenai kriteria pilihan hati. Mengulas lanjut mengenai hal tersebut, penyanyi yang fasih berbahasa cina itu mengatakan keserasian yang dimaksudkan adalah cara bercakap dan bergaduh yang sama.

 

“Keutamaan saya adalah keserasian dari segi cara bercakap yang sama dan cara bergaduh yang sama. Maksudnya, kita boleh faham bahasa cinta antara satu sama lain. “Itu semua penting, kalau tak sama jadi penat dan pada saya memang buang masa,” katanya. Walau bagaimanapun, Shila mengatakan dirinya gembira dengan kehidupannya dan bukannya dalam proses untuk mencari pasangan hidup. Apa yang dia hendak sampaikan adalah hatinya tetap terbuka dan menerima sesiapa sahaja sebagai pasangan hidupnya. “Sekarang saya gembira dan bukan dalam proses untuk mencari-cari pasangan hidup baharu. Ia belum lagi, tapi pintu hati saya tetap terbuka untuk menerima orang baharu. Terdahulu, Shila mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan bekas suami Haris Idraki Elias menerusi perkongsian di laman Instagram dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais, 3 tahun.

 

Sumber: Era Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*