[VIDEO] Penat Kena Friendzone, Lelaki Pasang Banner Dekat Pekan, Sebar Flyers Cari Jodoh, Siap Tawar Rm10k

Tidak dapat dinafikan, mencari pasangan sebagai teman hidup bukan satu perkara yang mudah. Betul lah orang kata,dalam mencari pasangan hidup, usaha itu sesuatu yang penting kerana jodoh tidak datang bergolek.

Baru-baru ini, seorang individu nekad mencari jodoh dengan menggunakan banner yang digantung di tepi jalan.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Ariff Peter mengakui sudah lama hidup sendiri dan kini tiba masanya untuk mencari pasangan hidup.

Menurut Ariff, setelah beberapa kali dikecewakan sebelum ini, dia kini nekad memasang banner di tengah pekan bagi merealisasikan impiannya untuk mencari jodoh.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariff Luqman (@ariffpeter)

Tambah Ariff lagi, meskipun tidak memiliki wajah yang tampan namun dia tidak berputus asa dan berharap usahanya mencari pasangan hidup akan membuahkan hasil.

Ariff juga ada memuat naik satu video memaparkan usaha dirinya membuat flyers tentang jodoh sebelum disebarkan kepada orang ramai.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariff Luqman (@ariffpeter)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariff Luqman (@ariffpeter)

Jodoh tidak jatuh dari langit. Aku harus bekerja keras. Saya dah tiada seorang ibu untuk bantu carikan jodoh, InsyaAllah saya akan sedaya upaya cari jodoh seperti arw4h ibu saya.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut turut pernah menawarkan RM10,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya mendapatkan teman hidup untuknya selain meminta para wanita menghantar ‘resume’ sekiranya meminati dirinya.

Komen Netizen:

 

 

Sumber: Sinar Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*