‘Anak Antoo’ Dikatakan Tew@s, Tiga M@ut KemaIangan Motorsikal

Pagi tadi tular klip video kemalangan maut membabitkan beberapa buah motorsikal yang dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu di Pulau Pinang.

Difahamkan, tiga individu ‘anak antoo’ yang terlibat dalam kemalangan tersebut meninggal dunia manakala tiga lagi dipercayai parah.

Menurut laporan Sinar Harian, kemalangan itu melibatkan motorsikal dan kereta yang berlaku sekitar jam 4.30 pagi.

Kesemua mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang, manakala tiag lagi mangsa parah turut dibawa bagi menerima rawatan lanjut di hospital berkenaan.

Saksi dalam kejadian itu berkata, sebelum kejadian kemalangan tersebut berlaku kelihatan sekumpulan mat rempit atau anak antoo sedang berlumba di lebuhraya berkenaan.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, beberapa penunggang motorsikal terbabit tidak sempat berhenti lalu merempuh kenderaan lain.

Melihat ke ruangan ke komen, ramai mengucapkan takziah selain mengatakan perbuatan tersebut seolah-olah menempah maut sendiri.

Al-fatihah diucapkan kepada keluarga mangsa dan diharapkan dengan insiden ini dapat membuka lebih banyak mata anak muda di luar sana.

 

 

Sumber: OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*