Macam Bagi Bayangan Tengah Lalui Saat Saat Sukar, Terkini Luahan Mizz Nina Tarik Perhatian Warganet

Perkongsian Mizz Nina di media sosial yang seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar mengundang pelbagai reaksi warganet. Masih mengunci mulut mengenai dkwaan rumahtangganya dengan penyanyi Hujan, Noh Salleh berdepan masalah, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina. “Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesvsahan, sedih kerana kehilangan, bergdh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah”. Mizz Nina berkata, seseorang itu mungkin menyukai sesuatu tetapi tidak menyedari sekiranya kesan diterima adalah negatif sehingga boleh mendatangkan keburukan.

“Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita. Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif. “Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan. Namun, mungkin juga menyebabkan anda tidak memperoleh ganjaran atau kebaikan pada masa akan datang. “Membuat kebaikan mungkin kurang digemari atau disukai kerana sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan,” tulisnya.

Penuh isi tersirat menerusi perkongsian panjang lebar itu, Mizz Nina turut menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT. Tambahnya, seseorang itu perlu menerima dengan reda apa ditetapkan Allah SWT sama ada suka mahupun tidak. “Sesungguhnya, hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang terbaik dan kurang baik buat diri anda. Jadi, terima segala yang tertulis buat anda tidak kira sama ada anda melihat hikmah disebaliknya atau tidak.“Satu hari nanti, anda pasti akan mengenang kembali dan bersyukur di atas apa ketentuan Allah buat anda. Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah SWT lebih mengetahui,” tulisnya lagi. Difahamkan, nukilan yang dihasilkan itu kemudian disunting dengan meletakkan ‘repost’ daripada akaun aplikasi miliknya, @qalbyapp. Rata-rata waranet tinggalkan pelbagai reaksi positif selain menitipkan doa buat Mizz Nina agar dia diberi kekuatan sekiranya menempuh situasi sukar.

Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Mizz Nina dan Noh bermasalah.Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Noh baru-baru ini menafikan perkara berkenaan dan menegaskan bahawa dkwaan itu sebagai berita palsu

 

 

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*