Kalau Dah Takde Hati Terus Terang Je, Terkejut Bila Tiba Tiba Nad Zainal Cakap Macam Ni Rupanya Ini Punca

Saya cakap pada suami, kalau dah tiada hati berterus terang saja kepada saya dan jangan menipu. Saya tidak mahu mengetahuinya daripada orang lain kerana itu lebih sakit”. Demikian kata pelakon Nad Zainal ketika ditanya apa tndakan dibuat sekiranya berdepan masalah rumah tangga dengan suami seperti yang hangat ketika ini membabitkan pasangan selebriti lain. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, berkata, sebagai ibu dan isteri, keutamaan ketika ini adalah anak-anaknya yang semakin membesar. “Saya rasa sekarang ini, tidak kisahlah sama ada suami kita kaya atau miskin, rupa elok atau tidak kerana akan sentiasa ada saja cubaan dan dugaan.

“Sekiranya suami sudah mempunyai pilihan kedua dan sebagainya, maka saya akan mengundurkan diri. Malas hendak bergdh-gdh, bukan kerana saya mudah mengalah atau sebagainya. “Ini kerana apa yang penting adalah anak-anak saya. Itu yang menjadi keutamaan dalam apa jua aspek,” kata Nad. Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini memasuki usia setahun. Sumber, tehtarikkaw

Kadang-Kadang Kita Terlepas Pandang Terlalu Teruja, Nad Zainal Titip Pesanan. Sejak minggu lalu, kontroversi panas yang melibatkan pelakon Zul Ariffin menjadi bualan ramai malah telah membuka mata semua pihak. Ada rakan artis yang mengkritik namun ada juga mengambil itu sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati. Bagi aktres Nad Zainal, 32, dia menyatakan berkemungkinan Zul terlampau teruja untuk berkongsi bahan promosi sehinggakan ‘terlepas’ content sensitif. Kata pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin, dia menjadikan kejadian itu sebagai peringatan agar lebih berhati-hati selepas ini. Kadang-kadang kita terlepas pandang, apa yang kawan-kawan kita buat mungkin rasa keterujaan mereka nak share.

Cuma bila kita terlalu excited sampai lupa bahawa ada perasaan yang kita perlu jaga. Ini pengajaran kepada kami juga untuk lebih berhati-hati. Nad ditemui ketika Majlis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro yang diadakan di Dewan 1958 by Chef Wan @ The Linc Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam pada itu, pelakon drama Dendam Seorang Isteri turut diaju soalan sama ada dia akan memilih babak lakonan sebelum dikongsikan kepada umum. Jawab Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014, dia akan menuruti arahan pihak berkaitan kerana yakin sudah diteliti semua kandungan. Saya mengikut apa saja yang pihak produksi atau stesen yang bagi. Bila dah dapat kelulusan, kami akan post mengikut jadual yang telah diberikan. Saya akan mengikut sahaja. Saya yakin mereka dah teliti terlebih dahulu.

Pada Jumaat lalu, media sosial digemparkan dengan sebuah video yang memaparkan beberapa babak panas lakonan Zul bersama pendatang baru, Siti Hariesa. Selepas teruk dikritik warganet, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 tampil membuat permohonan maaf di Instagram Stories pada Isnin. Anak kelahiran Taiping, Perak itu juga telah hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya pada Selasa.

 

 

 

 

Sumber : tehtarikkaw.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*