
Sebelum ini, terdapat seorang individu yang mend4kwa dia ada berjumpa dengan seorang wanita seperti bekas personaliti TV3, Zalina Azman pada Ahad lalu di sebuah restoran di Shah Alam.
Terbaharu, pihak polis menges4hkan bahawa wanita yang muncul di restoran terbabit bukanlah Zalina tetapi sebaliknya merupakan seorang gelandangan.
Bukan Zalina tapi gelandangan
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihak polis telah membuat semakan dan menjalankan s1asatan di restoran terbabit untuk mengesahkan d4kwaan tersebut.
Selepas berita mengenai keh1langan Zalina Azman, kita menerima beberapa maklumat daripada orang awam mengatakan mereka melihat kel1batnya di sekitar Shah Alam, taman tasik, restoran dan sebagainya.
Bagaimanapun, selepas kita buat semakan dan pergi ke tempat-tempat yang diberitahu dan berjumpa dengan individu-individu berkenaan, kita mendapati ia bukanlah orang yang kita cari.
Ujarnya lagi, pihak polis menemui wanita yang did4kwa seperti Zalina, namun individu terbabit bukanlah bekas personaliti TV3 yang dicari.
Memang ada jumpa tapi wanita itu adalah gelandangan dan bukannya Zalina Azman.
Walau bagaimanapun, pihak polis masih belum merakam percakapan individu yang mend4kwa dirinya melihat kelibat wanita seperti Zalina, namun pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
Susulan daripada itu, Mohd Iqbal berharap agar orang awam dapat menyalurkan maklumat bagi membantu s1asatan dan pencarian sehingga Zalina ditemui.
Video penuh
Sumber : Oh Bulan
Leave a Reply