“Doktor Sy4k Baby Ada…”- Bayi Ditahan Di H0spital, Ariff Bahran Sedih Tak Dapat Bawa Pulang Bersama Isteri

Penyanyi Ariff Bahran yang baru sahaja menimang cahaya mata pada Ahad akui sedih kerana tak dapat membawa pulang anak sulungnya bersama isteri hari ini.

Kata Ariff, bayi lelakinya itu ditahan kerana perlu dipantau selepas disy4ki mempunyai j4ngk1tan kum4n.

“Setakat ini isteri Alhamdulillah sihat dan sudah pun pulang ke rumah. Cuma anak pula sekarang masih di bawah pemantauan doktor sebab nak tengok t4kut ada j4ngk1tan kuman dan sebagainya.

“Sedih juga bila tak dapat bawa baby pulang. Doktor pun beritahu dia sy4k ada j4ngk1tan kum4n. Harapnya tak ada apa yang serious,” katanya kepada Astro Gempak.

Ariff memaklumkan perkara itu kepada Astro Gempak selepas dihubungi melalui panggilan telefon.

Isteri Ariff iaitu Amirah Syazwani Mohd Ridzuan, 28, selamat bersalin bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, jam 3.32 pagi, semalam.

Berkongsi mengenai perasaannya yang kini sudah bergelar bapa, Ariff memberitahu teruja dan dalam masa yang sama terharu mellihat peng0rbanan isterinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariff Bahran (@ariffbahran)

“Rasa terharu sangat sebenarnya, walaupun dah jangka perkara ini lebih 9 bulan lalu. Tapi tak boleh nak jangka perasaan masa hari sebenar. Rasa sedih tengok isteri kat labor room, tapi rasa rasa teruja juga nak dapat anak.

“Saya lihat sendiri semua proses itu dari contraction, sampai dalam labor room, memang tak boleh nak express s4kit yang isteri rasakan.

“Saya tak pernah lihat isteri merungut s4kit, tapi kali ni memang saya tahu sangat s4kit. Walaupun saya ada sebelah dia, saya tahu saya tak boleh nak ambik kes4kitan tu, cuma boleh bagi ment4l support je,” kongsinya lagi.

Seperti kebanyakan selebriti lain, Ariff turut mencipta sebuah akaun Instagram (IG) buat anaknya.

“IG tu dah ada tapi pada awalnya memang untuk dikongsi bersama keluarga saja. Insya-Allah nanti kita boleh kongsikan tentang anak dalam tu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Myra Ridzuan (@myraridzuan)

Setakat ini, Ariff belum bersedia untuk berkongsi nama anak sehingga ia didaftarkan kelak.

Terdahulu, Ariff dan isteri bernikah pada 3 September lalu di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam selepas hampir tiga tahun berkenalan.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*