“Suka sungguh budok-budok tu,” – [VIDEO] Zizan Razak ‘sporting’ layan peminat cilik raih pujian ramai

Sejak dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua program realiti televisyen, Raja Lawak musim pertama Zizan Razak kini merupakan satu nama yang agak besar dalam industri hiburan.

Bermula sebagai seorang pelawak, lelaki yang berumur 34 tahun itu kini berjaya melebarkan sayapnya dan bergelar pelakon, pengacara, penyanyi, duta produk dan juga usahawan semenjak menceburkan diri dalam dunia hiburan 7 tahun lepas.

Sebut sahaja nama jejaka kelahiran Terengganu ini, pasti ramai yang akan membayangkan gelagat lucunya menghiburkan peminat di atas pentas mahupun kaca televisyen. Selain menjalani rutin biasa sebagai penggiat dunia seni, dia juga antara selebriti yang begitu aktif dalam media sosial.

Baru-baru ini, Zizan sekali lagi mencvri perhatian ramai apabila tular satu video di laman Tiktok yang memaparkan dirinya sedang mengikuti satu penggambaran filem bersama Issey Fazlisham.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah reaksi Zizan yang secara ‘sporting’ mel4yan kerenah beberapa peminat cilik yang menghampirinya untuk mengambil gambar.

Cewahhh adik ni mitok buat love dengan @zizanrazak869 . Coming soon. Telemovie Terangganu . Tajuk : Damak si Kuba. Astro Citra.,” kata isseyfazlisham menerusi video tersebut.

Video:

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 564.8k tontonan, 42.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan video tersebut.

Komen netizen:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: tiktok isseyfazlisham

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*