Isteri Shahrol Shiro Mohon Orang Ramai Doakan, Terkedu Rupanya Ini Keadaan Terkini Anaknya Buat Ramai Yang Simpati

Isteri kepada pelawak Shahrol Shiro, Nor Farhanan Syamimi berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan anaknya, Iskandar Rizqi. Menurut Farhanan atau lebih mesra disapa Anna mengatakan sebagai seorang ibu, dia tidak sanggup melihat anak sulungnya berada dalam kesakitan. “Tiada apa yang Anna harapkan selain doa dari kalian semua. Selitkan lah doa untuk Iskandar Rizqi dalam setiap solat kalian. Semoga Iskandar Rizqi cepat sembuh. “Selitkan lah doa untuk Iskandar Rizqi dalam setiap solat kalian. Semoga Iskandar Rizqi cepat sembuh,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram miliknya. “Rizqi kene chicken pox tapi mulut dia penuh Ulser. Kesian Rizqi nak makan susah, badan pun gatal. Banyak sangat Ulser dalam mulut dia.”

“Kita ni Ibu, luluh hati tengok Anak sakit. Lemah macam mana kita, atau penat macam mana kita, tetap kuatkan diri dan semangat untuk Anak”, tambahnya. Bagaimanapun kata Anna, dia menganggap segala yang berlaku adalah ketentuan Tuh4n dan percaya ada hikmah di sebaliknya. Menerusi entri itu juga, Anna turut memuat naik foto terbaharu kondisi anaknya. “Semua ini atas izin Allah S.W.T. Setiap berlaku pasti ada hikmatnya. Allah izinkan anak sakit. “Dalam masa yang sama Allah hadirkan sekeliling yang banyak membantu dan banyak bagi kata-kata semangat. Alhamdulillah dan terima kasih pada yang mengambil berat,” coretnya. Menerusi perkongsian itu, rata-rata rakan artis dan peminat turut mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan serta memberi kata-kata semangat dan juga beberapa tips untuk kesembuhan anak teruna Shahrol Shiro dan isteri itu. Moga Anna Kuat & Sabar.

Awal September tahun lalu, pasangan ini divji apabila anak kedua mereka, Ismail Rifqi dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat. Bagaimanapun selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan Ismail hanya mempunyai satu buah pinggang sejak dilahirkan. Selepas menjalani operasi, Anna juga meluahkan rasa syukur kerana segalanya dipermudahkan buat Ismail. Semoga cepat sembuh buat anak-anak permata hati kesayangan ibu ayah!

 

 

 

 

Sumber : era

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*