Wan Sharmila Dikatakan Bakal Dijodohkan Dengan Shuib, Sekali Ini Pula Respon Ibu Shuib Buat Ramai Yang Terkedu

MEMUAT naik gambar bersama dan saling berbalas komen, ada segelintir warganet yang anggap ibu kepada pelawak Shuib iaitu Salamiah Jalani, seakan-akan memberi bayangan bahawa pelakon Wan Sharmila bakal menjadi menantu baharunya. Malah menerusi TikTok, Salamiah menimbulkan tanda tanya peminat apabila meletakkan kapsyen berbunyi, ‘biar gambar berbicara’ yang menyebabkan lebih banyak spekulasi dan andaian peminat. Menjelaskan segala kekeliruan itu, Salamiah berkata, gambar yang dimuat naik hanyalah sekadar perkongsian sebagai kenang-kenangan bersama Wan Sharmila kerana dia juga meminati pelakon itu. Salamiah gembira jika Shuib kembali bertemu jodoh. Mengulas jika aktres berkenaan bertemu jodoh dengan Shuib, sebagai ibu dia menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah.

“Tentang bakal jadi menantu, saya serahkan sepenuhnya kepada Allah. Kita hanya merancang, tetapi Allah yang mengatur segala-galanya. “Saya seorang peminat Wan Sharmila, gembira dapat berjumpa dengan dia,” katanya kepada mStar. Pelakon 7 Hari Mencintaimu itu hadir sebagai salah seorang tetamu ketika majlis bacaan tahlil bersempena setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada Isnin lalu di kediaman Shuib di Puchong, Selangor. Siti Sarah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) akibat Covid-19. Dalam pada itu, Salamiah berkata, selepas setahun pemergian menantu kesayangannya, dia tidak menolak jika Shuib kembali bertemu jodoh dengan wanita pilihannya suatu hari nanti. Soal jodoh siapalah kita hendak menghalang? Apa yang boleh buat Shuib gembira, InsyaAllah saya akan lebih gembira.

Sebagai ibu, dia mahu melihat anaknya hidup bahagia dan gembira. “Siapa yang tidak mahu tengok anak bahagia? Yang pergi tetap pergi. Yang masih hidup kena teruskan kehidupan. “Saya tidak kisah andai Shuib mahu kembali berkahwin. Soal jodoh siapalah kita hendak menghalang? Apa yang boleh buat Shuib gembira, InsyaAllah saya akan lebih gembira. Shuib tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menjaga anak-anak. “Shuib seorang anak yang baik, ayah bertanggungjawab. Dia tidak pernah mengabaikan anak-anak. Saya sentiasa doakan Shuib terus kuat menjalani kehidupan,” jelasnya. Terdahulu gambar yang dikongsi oleh Salamiah dan Wan Sharmila sendiri menjadi bualan warganet sehingga ada yang bersetuju pelakon itu menggantikan tempat Siti Sarah sebagai isteri Shuib.

Menerusi ruangan komen, warganet mula bertanyakan status sebenar Wan Sharmila dan Shuib selain mendoakan kebahagiaan jika benar mereka bakal bertemu jodoh. Wan Sharmila bersama Salamiah (tengah) dan ibu tiri Sarah. “Pilihan ibu mentua. Macam dapat restu. Kalau betul, Alhamdulillah. “Saya suka Wan Sharmila. Semoga dipermudahkan jadi menantu Mama (ibu Shuib). Orangnya ceria macam Mama juga. “Kalau yang ini, 100 peratus sokong. Memang baik untuk jadi isteri, ibu dan menantu,” antara komen warganet pada video berkenaan. Terdahulu, Wan Sharmila hadir ke majlis bacaan tahlil bersempena dengan setahun pemergian Siti Sarah yang diadakan di kediaman pelawak itu pada Isnin lalu.Pelakon drama 7 Hari Mencintaimu itu juga dilihat memanggil Salamiah dengan gelaran Mama yang seolah-olah menguatkan gosip ada hubungan istimewa di antara mereka berdua. “Terima kasih sudi teman Lala (panggilan Wan Sharmila) sepanjang majlis. Ada rezeki jumpa lagi ya Mama,” tulis Wan Sharmila.

Semoga dipermudahkan jadi menantu Mama (ibu Shuib). Orangnya ceria macam Mama juga. Sebelum ini, Wan Sharmila jadi perhatian ramai apabila dilihat meluangkan masa dengan anak kedua Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra sehingga menimbulkan desas-desus hubungan kedua-dua selebriti berkenaan. Sementara itu, pihak pengurusan Shuib menjelaskan gambar yang dimuat naik Salamiah tidak membawa sebarang maksud tertentu dan hanya sekadar kenang-kenangan. Kehadiran Wan Sharmila pada majlis tahlil itu juga adalah pertemuan pertama kali di antara ibu Shuib dan Wan Sharmila. “Memang tiada apa-apa. Dia (Salamiah) tak pernah jumpa Lala. Macam peminat bergambar dengan artis,” jelas wakil Shuib. Usaha mStar mendapatkan komen Wan Sharmila dan Salamiah tidak berjaya apabila kedua-duanya memberi alasan ada urusan lain ketika dihubungi. Shuib dan Siti Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 2011 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, setahun. Ayash dilahirkan secara operasi tiga hari sebelum pergi menghadap illahi ketika usia kandungannya berusia lapan bulan.

 

 

 

 

 

 

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*