Konsert Bunga Citra Lestari baru-baru ini menjadi perbualan warganet di media sosial kerana terdapat seorang penyanyi muda mencium isteri Allahyarham Ashraf Sinclair ini ketika berada di atas pentas. Diadakan pada hujung minggu yang lalu di Singapura, wanita yang biasa dipanggil BCL itu menjemput beberapa orang penghibur lain di konsertnya. Dua daripadanya ialah Ariel NOAH dan Ray Prasetya yang baru-baru ini diperkatakan secara meluas. Dalam salah satu aksinya, terlihat Ray Prasetya mencium pipi Bunga Citra Lestari. Apa yang dilakukan oleh Ray Prasetya mendapat kritikan warganet. Mereka menganggap apa yang dilakukan oleh Ray Prasetya adalah tidak sopan.
“Awak masih muda, dengan orang yang lebih tua haruslah sopan. Hormati perempuan tu! Mungkin dia nak marah, tak elok sebab dia atas pentas,” kata warganet. “Jaga sikap. Tidak manis dan tidak sopan untuk mencium wanita. BCL adalah wanita yang dihormati. Tidak boleh seperti itu,” jelas akaun trd**** itu. “Tak sopan cium sambil lewa, cuma bcl yang saya terkejut. Lain kali jaga sikap awak,” jelas akaun yur*** itu. “Orang ni cium Bcl. Tak sopan,” jelas akaun **** merah itu. “Kenapa tak sopan sangat bro,” jelas akaun lain.
Bunga Citra Lestari ketika itu juga kelihatan terkejut apabila tiba-tiba Ray Prasetya menciumnya. Dia segera memukul bahu Ray Prasetya. Ray Prasetya sendiri merupakan salah seorang daripada 12 finalis Idola Cilik 3. Nama penuhnya Muhammad Raynald Ray Prasetya merupakan wakil finalis dari Jakarta. Tindakan Ray Prasetya mencium pipi BCL mendapat kritikan warganet. Niatnya ingin mencipta detik romantis di atas pentas, malah aksi Ray itu dianggap kurang sopan. Malah, ada di antara mereka yang menggelarnya sebagai satu pengh.naan.
Dua Tahun Dah Pemergian Ashraf Sinclair, Ini Keadaan Terkini Bcl Buat Ramai Yang Terkedu
Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas suami tercinta, Ashraf Sinclair pergi menghadap illahi pada 18 Februari 2020.Selepas dua tahun hidup bersendirian, BCL mengaku dirinya masih dalam fasa menenangkan diri dan mencari kebahagiaan. “Sekarang ini saya ingin tenang, ingin happy,” ujar BCL seperti dilaporkan Kompas.com yang mengambil sedutan temubual dari saluran YouTube TS Media. Meski tidak mudah melepaskan kenangan manis hidup bersama lelaki yang amat dicintainya itu, BCL mengatakan dia perlu meneruskan kehidupan bersama satu satunya anak lelaki mereka, Noah. “Masih on the way (menuju bahagia). Apa lagi saya baru melalui sesuatu yang telah mengubah hidup ini.
“Ia seperti kelahiran semula, baby step. Seperti bayi, dilahirkan dan belajar lagi berjalan. Sekarang masih cuba merangkak supaya bisa kembali berdiri,” akuinya kepada Luna Maya yang menjadi hos. Penyanyi cantik itu bagaimanapun menegaskan jika ada yang bertanya adakah dia bahagia dengan kehidupannya, kata BCL ‘Im happy.’ Saya bahagia tapi masih perlu banyak menguruskan rasa hati di dalamnya supaya lebih semangat dan kembali seperti sedia kala,” akuinya tanpa berselindung. Namun dia tidak mahu terburu buru memulihkan perasaan kerana percaya untuk mencapai kebahagiaan, dirinya masih harus melalui proses. “Saya percaya kepada proses, mungkin boleh dicepatkan atau sebaliknya.
“Tapi saya tak bisa memaksa perasaan, jadi perlahan lahan menerima kehidupan yang sudah berbeza. “Ya, saya boleh ketawa dan sudah kembali bahagia, kita hanya manusia biasa yang perlu teruskan hidup biar ia memakan proses yang lama buat saya,”katanya lagi. Dalam temubual sama, BCL mengatakan sudah ikhlas dengan pemergian Ashraf. “Saya sudah mengikhlaskan pemergian Ashraf. Sudah tidak terlalu berasa ‘berat’ seperti dua tahun ini. “Kini masanya saya memberi fokus terhadap kehidupan sendiri dan anak kami,” tutupnya.
Sumber : Gempak

Leave a Reply