Alami Sakit Kepala Yang Teruk Sejak Di Filipina, Kini Tya Ariffin Dimasukkan Ke Hospital Setibanya Di Kuala Lumpur

Tya dimasukkan ke hospital selepas pulang dari Manila. Pelakon dan usahawan Tya Ariffin terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami sakit kepala yang teruk. Tya atau Nurtria Wulandari, 28, memberitahu dia mengalami sakit kepala ketika berada di Manila, Filipina namun kesakitan itu tidak hilang setibanya di Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

“Kelmarin dari Manila, daripada pagi saya dah pening kepala membawa sampai ke Kuala Lumpur pada 7 malam, tetap sakit kepala. Saya tahankan juga sampai rumah tetapi sakit tetap tidak hilang sampai tidak boleh tidur semalaman. Semalam ambil keputusan untuk ke hospital dan bermalam,” katanya menerusi Instagram.

Tya turut berkongsi video memperlihatkan dia di atas katil wad dan ditemani oleh suami, Asyraf Khalid sambil mengusap kepala isterinya. Dalam pada itu, Tya memberitahu sedang menunggu keputusan daripada doktor selepas membuat pemeriksaan bagi mengetahui punca sakit kepala tersebut yang semakin teruk. Tya turut memohon doa daripada pengikutnya agar sakit kepalanya itu bukan serius dan dibenarkan pulang ke rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid)

“Semoga boleh balik hari ini, dah janji dengan Arif nak tengok konsert pertamanya,” katanya. Tya berada di Filipina bagi menghadiri beberapa pertemuan dan mesyuarat dipercayai berhubung produknya, Jamu Mutyara.

 

 

 

 

 

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*