3 Hari Dah Dilancarkan, Sekali Ini Jumlah Tandatangan Petisyen Pengampunan Najib

SHAH ALAM – Petisyen Solidariti Pengampunan Diraja Untuk Najib Razak yang dibuat oleh BNComms Selangor di platform change.org mendapat lebih 18,000 tandatangan setakat jam 5 petang Isnin. Petisyen dilancarkan sejak tiga hari lalu itu merupakan usaha bagi memohon pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah dalam kes penylwngn dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC). Petisyen tersebut menyasarkan untuk mendapat 25,000 tandatangan. Dalam pada itu, satu lagi petisyen iaitu Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan digerakkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pula memperoleh lebih 113,000 tandatangan untuk tempoh yang sama setakat petang Isnin.

Petisyen berkenaan dilancarkan sejak 24 Ogos lalu, iaitu sehari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hkmn 12 tahun ditahan serta denda RM210 juta ke atas Najib dalam perbicaraan kes SRC. Menerusi petisyen tersebut, ia menyasarkan mengumpul 150,000 tandatangan bagi memastikan tiada pengampunan diberikan terhadap Najib. Tangkap layar petisyen Solidariti Pengampunan Diraja Untuk Najib Razak yang dibuat oleh BNComms Selangor di di platform change.org. Najib mula menjalani hkmn pnjra pada Selasa lalu selepas Mahkamah Persekutuan terdiri daripada panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mendapat mendapati pembelaan Najib tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Untuk rekod, Najib telah disabitkan bersalah pada 28 Julai 2020 bagi kesemua pertuduhan dalam kes tersebut oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali Mohd Nazlan. Ia membabitkan kesalahan tiga pertuduhan pecah amanah jnyah (CBT), tiga pertdhn pengbhan wang haram, satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, yang merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Rakyat akan kecewa jika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijatuhi hkmn pnjra atas kesalahan rasuah dibebaskan. Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat pasti kecewa kerana kesalahan yang dilakukan Najib melibatkan penipuan wang berbilion ringgit. Menurut Mahathir, tidak mustahil Najib boleh dibebaskan dengan pengampunan diraja.

“Memang ada orang yang berkuasa yang boleh bebaskan Najib, sama ada dia nak bebaskan Najib, itu terpulang kepada dia. Bukan saya yang tentukan. “Langkah pertama adalah Perdana Menteri mesti kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong memohon untuk membebaskan Najib dan Agong boleh buat apa juga keputusan. “Tapi kalau kita tanya orang ramai, kalau Najib dibebaskan setelah mncri berbilion-bilion ringgit, menipu bercakap bohong, orang macam ini dilepas, bebas akan kecewalah rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Jelajah Sayang Bangsa negeri Perak parti Pejuang di sini hari ini. Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, perbicaraan selama empat tahun di tiga mahkamah melibatkan sembilan hakim membuktikan Najib bersalah atas tdhan rasuah.

Menurutnya, hakim membuat keputusan berasaskan bukti-bukti yang jelas yang ditunjuk di dalam mahkamah. “Tetapi yang dijawab oleh Najib ialah ini semua tak betul, ini semua bohong kononnya duit yang dia dapat RM2 bilion diberi oleh raja Arab Saudi. “Bukti yang ada ialah duit itu datang dari 1MDB melalui Jho Low, semua itu ada rekod tapi Najib kata semua ini bohong semua ini menganiaya dia. “Kalau ini menganiaya dia, kita tak payah ada mahkamahlah. Sampai empat tahun bicara, tiga mahkamah, sembilan hakim pendapat tak ada satu pun yang berlainan. “Mereka bagi pendapat yang sama tapi Najib masih tak iktiraf keputusan mereka,” katanya.

 

 

 

 

 

Sumber : utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*