Sharnaaz Ahmad Ucap Hari Lahir Pada Anak Buat Ramai Terharu, Sharnaaz Akui Jebat Ialah Kekuatannya

Memang tak asing lagi kita dengan pelakon lelaki terkenal ini. Sharnaaz doa Jebat membesar jadi anak yang bijak dan kuat. Berkongsi tarikh lahir sama, pelakon Sharnaaz Ahmad menganggap anak tunggalnya iaitu Jebat Jayden sebagai sumber kekuatan dia mengharungi pelbagai cabaran. Bersempena ulang tahun kelahiran ke-4 anak lelakinya itu, Sharnaaz, 37, memanjatkan rasa syukur dikurniakan seorang cahaya mata yang menjadi tempat dia memberikan kasih dan sayang. “Selamat ulang tahun anakku. Aku menjadi semakin tua sama hari sepertimu. Namun kasih sayang terhadapmu semakin kuat.

Sharnaaz berkongsi tarikh hari lahir sama dengan anaknya.

Kata Sharnaaz “Boy (Jebat) nak jadi kuat macama baba. Tetapi baba kuat sebab cek (awak). Siapa baba hari ini adalah kerana kamu. Terima kasih atas kasih sayang yang tidak terhingga setiap saat hidup mu,” tulisnya. Sharnaaz memuat naik perkongsian istimewa itu menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin. Dalam pada itu, Sharnaaz turut menitip nasihat buat anaknya itu supaya menjadi manusia yang kuat dan bijak. “Jadilah anak yang kuat, bijak dan sentiasa tidak bagi orang tunjal kepala kita. Sentiasa berjuang untuk apa yang dirasakan benar. “Salah atau betul, bukan manusia yang menghakimi. You are the king of yourself,” ujarnya.

Terima kasih atas kasih sayang yang tidak terhingga setiap saat hidup mu

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang turut mendoakan kesejahteraan buat kedua-duanya sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka. Malah, bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila turut meninggalkan ucapan pada ruangan komen dalam video tersebut. Untuk rekod, Jebat merupakan anak tunggal Sharnaaz hasil perkahwinan dengan Nabila. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 dan sah bercerai pada Julai 2020.

 

 

 

 

 

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*