Tular Kata Kata Dari Pemanggil Radio Sampai Buat Ramai Kurang Senang, Kini Siti Elizad Tampil Dedah Tidak Ambil Hati Dengan Pihak Tersebut

Elizad tidak berkecil hati ditanya soal zuriat. Tindakan seorang pemanggil radio Sinar FM yang menyentuh hal berkaitan cahaya mata sama sekali tidak menyinggung hati pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad. Kata Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 38, dia percaya individu berkenaan tiada niat mempersendakan dirinya ketika mereka berbual secara langsung menerusi segmen Pagi di Sinar.

Elizad mohon doa dikurniakan cahaya mata.

“Pertama sekali terima kasih buat semua yang terus mendoakan saya. Terharu saya. Untuk yang bertanya, Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Saya percaya pemanggil yang menghubungi tiada niat apa-apa pun dan saya langsung tidak ambil hati. Selagi menggunakan perkataan yang baik, tidak menjatuhkan air muka saya, InsyaAllah saya terima dengan hati terbuka dan berlapang dada,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Khamis.

Baru-baru ini, tular video TikTok memaparkan rakaman audio seorang pemanggil wanita di Sinar FM bersama Elizad. Tanpa sengaja pemanggil wanita itu menyentuh mengenai soal anak serta meluahkan simpati terhadap Elizad yang masih belum dikurniakan cahaya mata. Kata-kata tersebut menerima kritikan warganet yang menganggap wanita berkenaan tidak sensitif. “Elizad, kasihan. Tak apa ramai orang tak ada anak,” kata pemanggil itu.

Selagi menggunakan perkataan yang baik, tidak menjatuhkan air muka saya, Insya Allah saya terima dengan hati terbuka dan berlapang dada

Menjelaskan hal tersebut, Elizad dalam masa sama turut memohon doa buat semua wanita yang berusaha memiliki cahaya mata sendiri. “Syukur… semakin besar ujian Allah semakin besar ganjarannya. Tidak dapat di sini, pasti di sana. Percaya. Terus mendoakan buat semua #ttc (trying to concieve) para isteri pejuang line dua kuat dan tabah dengan ujian ini,” jelasnya. Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015. Pada November 2020, aktres ini pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan zuriat namun mengalami keggvran selepas seminggu disahkan hamil.

 

 

 

 

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*