Sharnaaz Ahmad Baru Je Kongsi Pasal Anak, Sekali Noor Nabila Komen Sesuatu Tarik Perhatian Ramai

Sempena ulang tahun kelahiran, Jebat Jayden yang ke-4, Sharnaaz telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya. Bukan itu sahaja, pelakon tersebut turut meluahkan isi hatinya sebagai seorang bapa apabila dikurniakan seorang anak yang cerdik seperti Jebat. Baba kuat sebab Jebat Happy Birthday my dear son. Im getting older the same day as you. But im very sure my love for you is getting stronger. Menurut Sharnaaz, Jebat adalah kekuatan untuk dirinya dalam meneruskan kehidupan. Tambah Sharnaaz, apa yang diraih sekarang ini semuanya adalah disebabkan Jebat. Sharnaaz turut berterima kasih kepada Jebat kerana sentiasa memberi peluang dan menyayangi dirinya setiap hari. Sebagai bapa, Sharnaaz berdoa agar Jebat menjadi anak yang kuat, bijak dan tidak membiarkan sesiapa sahaja mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Ujar Sharnaaz, dia berharap Jebat mampu berlawan untuk mendapatkan kebenaran dalam setiap apa yang dilakukan. Salah atau betul bukan manusia yang hakimi. You are the king of your self. Love you boy @jebatjayden. Di ruangan komen, bekas isteri kepada Sharnaaz iaitu Noor Nabila turut tinggalkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat anaknya, Jebat. Bukan itu sahaja, Nabila turut tinggalkan ucapan yang sama buat Sharnaaz.Ini kerana, Sharnaaz dan Jebat berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 30 Ogos. Selain Nabila, rakan artis dan peminat turut memberi ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat Jebat dan Sharnaaz. Mereka berharap anak dan bapa ini sentiasa sihat, dilimpahkan rezeki dan bahagia selalu. Netizen turut berharap mereka berdua banyak menghasilkan video yang kelakar selepas ini.

Komen Noornabila

Status Perkahwinan Noor Nabila Dan Engku Emran Akhirnya Terjawab. Sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan perkahwinan Noor Nabila, kakak kepada Neelofa seperti telur di hujung tanduk selepas beberapa gambarnya bersama suami, Engku Emran sudah dipadam di Instagram. Berita mengenai masalah rumah tangga membabitkan Engku Emran dan Noor Nabila ini turut mendapat perhatian media di Indonesia yang juga mengatakan rumah tangga mereka telah sampai ke penghujungnya. Terbaru! Terdapat satu video yang dimuatnaik Noor Nabila di Tiktok menunjukkan anaknya, Jebat Jayden sedang mendirikan solat berjemaah dengannya. Video itu telah membuktikan yang Nabila masih sebumbung dengan suaminya apabila terdapat kelibat Engku Emran yang sedang menjadi imam mereka. Cerita yang kita dengar bahawa perkahwinan mereka seperti di hujung tanduk itu adalah tidak benar.

 

 

 

 

 

Sumber : media viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*