2 Tahun Dah Berkahwin, Terkejut Bila Tiba Tiba Wan Emir Dedah Perangai Sebenar Mira Filzah Yang Ramai Tak Tahu

Kuala Lumpur, Suami pelakon Mira Filzah, Wan Emir Astar atau Emir, 32, menyifatkan dua tahun membina rumah tangga bersama cukup indah dan bersyukur dikurniakan isteri terbaik. Emir menerusi sebuah coretan berkata Mira, 29, seorang insan yang cukup luar biasa dan tidak berhenti mengagumi keperibadian pelakon terbabit. “Nur Amirah Filzah Isteriku Syurgaku, di mataku, dirimu insan luar biasa. Banyak pengalaman tercipta, memori terukir sejak kita membina rumah tangga bersama dua tahun yang lalu. “Ada suka dan duka, ada pengorbanan dan kejayaan. Tetapi apa yang pasti adalah sifat semula jadi dirimu yang cukup penyayang, pemurah dalam berbudi dan berbakti, memberi terbaik dan segalanya dalam sesuatu perkara. “Sifatmu ini terus dan sentiasa menawan hatiku terhadap dirimu wahai isteriku, dan menjadi inspirasi dan peringatan buat diriku sendiri setiap hari,” katanya.

Emir turut melahirkan rasa syukur apabila perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kehadiran putera sulung, Wan Khair Amir serta sifat keibuan Mira menjaga cahaya mata mereka.“Kami tunjukkan ciri serta ikatan keibuan yang luar biasa sejak kita mendapat tahu mengenai kehadirannya. Saya semakin nampak dengan jelas bagaimana bersungguhnya kamu menjaganya dan besarkan keluarga kita. “Bersama kita berdoa dan zahirkan keinsafan dan kesyukuran, moga usaha kita dalam membina keluarga yang sakinah mawaddah dan rahmah, sentiasa dilindungi dan dipimpin-Nya, aamin YRA,” katanya. Pasangan itu berkahwin pada 3 September 2020 sebelum Mira berkongsi mengenai kehamilannya pada Januari lalu.

Mira Filzah pelik orang sorok muka anak, “keluar rumah pun orang tetap akan nampak”. Mira Filzah pelik orang sorok muka anak, “keluar rumah pun orang tetap akan nampak”. Usia anak sulungnya kini berusia 3 bulan, pelakon dan pengacara Mira Filzah berkata dia tiada masalah untuk berkongsikan wajah Wan Khair Amir kepada umum. Memetik Harian Metro, bagaimanapun Mira berkata dia akan berkongsikan wajah anaknya itu apabila tiba masanya nanti. Ujarnya, tiada sebab untuk sorok wajah anaknya kerana orang pasti akan melihat jika mereka berada di luar. “Kenapa nak sorok? Kalau kita keluar rumah nanti, orang tetap akan nampak,” katanya. Menurut Mira lagi, dia tidak menyangka akaun Instagram yang dibuat untuk anaknya kini sudah mencecah 50,000 pengikut meskipun hanya ada sekeping gambar sahaja. “Buat masa ini, akaun itu tidak aktif pun dan cuma ada sekeping gambar.

Saya saja buat dulu sebelum ada orang lain menggunakan nama Wan Khair Amir. Mira Filzah pelik orang sorok muka anak, “keluar rumah pun orang tetap akan nampak” “Insya-Allah apabila ada gambar bayi kami yang sesuai, kami kongsikan di situ. Saya tidak ada masalah untuk tunjuk wajah anak tetapi sebelum buat sebarang keputusan saya perlu berbincang dengan suami. Kalau sudah tiba waktu yang sesuai, kami akan paparkan wajahnya di Instagram,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : hmetro.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*