“Jika Benar Dia Meninggal Dunla, Satu Jari Mem4dai Sebagai Bvkti” Dah 5 Tahun Suami Dil4rikan Ke Thailand

Seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Azra Syazwani Abdullah akui sehingga kini, dia masih buntu selepas suaminya, Mohamad Aiman Zafri dibawa lari ke Thailand oleh kumpulan penjenayah pada 5 Julai 2017.

Dah lima tahun suami diculik

Memetik laporan Harian Metro, insiden tersebut dipercayai dilarikan oleh anggota kumpulan sindiket berkaitan isu hutang. Bercerita kembali mengenai insiden itu, Syazwani mendakwa ketika kejadian, dia dan suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum berhenti di sebuah kedai runcit.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta dinaiki tiga lelaki telah menghampiri mereka dan memaksa serta mengheret suaminya itu masuk ke dalam kenderaan terbabit.

Lima tahun saya menanti kepulangan suami yang sehingga kini tidak kunjung tiba dan sepi tahun berganti tahun.

Segala-galanya masih segar dalam ingatan saya termasuk jeritan suami dipercayai dipukul sekumpulan lelaki yang menculiknya ketika mereka menghubungi saya.

Tambah Syazwani lagi, dia juga buntu mahu menjawab setiap kali anak lelakinya iaitu Muhammad Rizqi Rayyan bertanya bila bapanya akan pulang.

Dari anak berusia dua tahun ketika kejadian, kini anak saya sudah berusia tujuh tahun dan dan memasuki alam persekolahan tanpa kehadiran bapanya. 

Tiada apa yang diharapkan, sekiranya benar suami saya meninggal dunia, buktikan kepada saya dengan hanya memberi satu jari sudah memadai sekiranya saya tidak dibenarkan melihat suami.

Nak kata saya masih berharap kepulangan suami pun tidak juga memandangkan sudah lima tahun berlalu, apatah lagi suami dibawa lari ke Thailand, macam-macam boleh berlaku.

Suspek minta wang tebusan

Sementara itu, menurut ibu mangsa iaitu Wan Shahrizal, pelbagai usaha yang dilakukan keluarga untuk mencari mangsa namun tiada sebarang petunjuk yang diterima. Malah mereka juga pernah menerima panggilan kumpulan terlibat meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.

Kesemua panggilan meminta wang tebusan itu menggunakan nombor telefon Thailand, namun selepas membayar wang yang diminta, sehingga kini mereka tidak menghantar Aiman seperti yang dijanjikan.

Menurut sumber, sebelum ini mereka sering kali bertanyakan perkembangan mangsa kepada pihak polis, namun sejak tiga tahun lalu mereka tidak lagi berbuat demikian memandangkan pihak berkuasa juga tidak menemui sebarang petunjuk.

Dalam kesempatan itu, Syazwani berdoa agar suaminya itu berada dalam keadaan selamat dan semoga segala urusannya dipermudahkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!FIONA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: hm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*