Akibat dis.rang batuk-batuk sejak beberapa hari lalu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berdepan masalah b.ronkitis atau fludada. Ujar Siti atau nama lengkapnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 42, beliau terpaksa menyerah diri melakukan rawatan imbasan Xray akibat kerap mengalami batuk pada waktu tengah malam. Sekadar info, bronkitis adalah suatu sakit apabila tiub b.ronkial yang membawa udara ke paru-paru anda, dijangkiti dan b.ngkak.

B.ronkitis akut biasa berlaku dalam jangka masa pendek yang sering terjadi selepas j.ngkitan selsema atau v.irus. Gejala ini berlarutan selama beberapa minggu, tetapi biasanya tidak menimbulkan m.asalah sebelum itu. Bronkitis k.r0nik pula sakit ini adalah lebih serius dan berjangka panjang. P.enyakit ini boleh disebabkan oleh faktor persekitaran atau sakit yang sedia ada.

Semoga Cepat Sembuh
“Baik kita buat Xray ya. Tak tahan dah batuk-batuk tengah malam,” kongsinya dalam hantaran InstaStory. Selepas selesai menjalani imbasan Xray sebentar tadi, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu memaklumkan, beliau disahkan mengalami b.ronkitis tahap sederhana akibat kesan jngkitan C.vd19. Disebabkan itu, Siti terpaksa menggunakan inh.aler selain dibekalkan beberapa ubat-ubatan lain.
“Mildbronchitis kesan C.vd19. Kena guna in.haler ya. Semoga cepat sembuh, amin,” tulisnya dalam hantaran berbeza. Sejak beberapa hari lalu, Siti berkongsi keadaannya yang tidak berapa sihat menerusi sebuah video ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun jenamanya, BeauSiti yang ketiga. Siti memaklumkan, suaranya hilang dan kedengaran garau gara-gara batuk berterusan. Pada masa sama, anak keduanya Afwa juga mengalami d.emam dan tidak dapat tidur sehingga turut mengganggu tidurnya kerana berjaga malam.
“Jadi ibu kadang-kadang masa tak cukup, jaga anak. Afwa demam tak tidur, saya pun ikut tak dapat tidur. Hilang suara saya, lagipun memang ada batuk sikit,” katanya dalam video tersebut yang dimuat naik baru-baru ini. Malah keadaan suara penyanyi itu yang tampil membuat siaran langsung dalam Instagramnya empat hari lalu dilihat semakin teruk sehingga menyukarkannya bercakap. Sebelum ini pada Ogos lalu, Siti mendedahkan beliau baru sahaja sembuh daripada dijangkiti C.vd19 selepas pulang bercuti dari London.
Sumber : Online Malaya

Leave a Reply