Nasha Aziz sedang ‘berkawan’, sudah sembilan bulan kenal

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Nasha Aziz mengesahkan sedang ‘berkawan’ dan dalam fasa mengenali seorang jejaka yang enggan didedahkan identitinya.

Empunya nama sebenar Noraishah Abdul Aziz, pada sidang media filem Tablis Iblis, petang tadi berkata, dia dan lelaki tersebut mengenali antara satu dengan lain sejak sembilan bulan lalu.
Insya-Allah…kita kena kenal lebih rapat, bukan? Kami baru kenal sembilan bulan.

Dia bukan orang industri, tetapi yang seronoknya dia beragama Islam,” katanya.

Desas-desus model berusia 51 tahun itu dilamun cinta tersebar selepas dia dikatakan menerima jambangan bunga daripada lelaki misteri ketika mengikuti penggambaran sebuah drama, baru-baru ini.

Mengulas hal itu, Nasha tidak menafikan atau mengiyakan perkara tersebut.

“Ia dihantar oleh seseorang yang menyayangi saya. Orang yang menghargai kita dengan hantaran bunga, itu pada saya simbol cinta.

Saya dilamun dan mencari cinta setiap hari. Ia bukan datang daripada lelaki atau wanita sahaja, tetapi semua.

“Hantaran bunga itu simbolik untuk saya mengingati dia mungkin? Saya jenis yang fokus dan bertanggungjawab. Mungkin dia ingin menarik perhatian saya dengan cara itu” ujarnya.

Menjawab tentang status terkini hubungannya dengan lelaki berkenaan, kata Nasha, buat masa ini mereka belum merancang untuk ke fasa seterusnya.
Itu kewajipan, apabila diberi rezeki, kita kena tahu arah tuju. Insya-Allah, semestinya yang baik-baik,” jawabnya.

 

 

 

 

 

Sumber : utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*