Dedah Rakaman Beri Kejutan Pada Nabil Sempena Hari Lahirnya, Sekali Ini Luahan Nabil Buat Ramai Terharu

Penyampai radio Era, Radin dan Azad telah memberi kejutan buat rakan setugas mereka yang juga hos popular, Nabil bersempena hari lahirnya. Mereka berdua menghadiahkan Nabil satu hadiah yang cukup istimewa.

harini adalah birthday Nabil, saya dan azad dah plan nak suprisekan dia. Tapi geng kitorang tak tahu nak belikan apa.-Radin Radin dan Azad membeli hadiah berupa barangan berjenama yang mana mereka sebenarnya tidak pasti sama ada Nabil akan menyukainya atau tidak. Susulan itu, Nabil mengatakan bahawa hadiah yang terbaik buatnya ialah sahabat-sahabat yang baik dan juga keluarga yang baik. Dia juga sangat terharu dengan kejutan yang diberikan.

Hadiah Yang Terbaik

“Sebenarnya, dapat sahabat-sahabat yang baik ni, hadiah yang sebenar. dapat keluarga yang baik ni lah hadiah yang sebenar. Bukan pasal barang tau, dia pasal orang ingat tu buat aku terharu- Nabil.

Cuak Juga Sebenarnya…

aku risau bukan apa, aku takut dia tak suka atau eh! aku dah ada. aku takut tu je- Radin. Cuak tau, aku plan nak beli kereta, tapi mahal sangat”- gurau Azad. Dalam pada itu, Radin akui pada awalnya risau dengan hadiah yang dibeli itu kerana risau Nabil tidak menyukai atau sudah mempunyai barang  tersebut.  Manakala Azad pula berseloroh yang dia sebenarnya ingin menghadiahkan Nabil kereta, namun dek kerana harga kereta terlalu mahal, dia tidak membelinya. Sekadar info, Azad, Radin dan Nabil merupakan penyampai radio ERA yang ditugaskan untuk memeriahkan  segmen 3 PAGI ERA.

 

 

 

 

 

 

Sumber : Murai.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*