“Pintar sangat ni,” – [VIDEO] Gelagat kanak-kanak ‘make up’ bapa buat ramai terhibur

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @sitinurfaseeha7, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berada di hadapan seorang lelaki difahamkan bapanya yang sedang tidur.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah kanak-kanak tersebut dilihat menghias muka (make up) bapanya yang sedang lena dibuai mimpi.

“Ada yang nak buat treatment muka kat rumah, Sila booking ya. By Spa Meera,” tulis @sitinurfaseeha7 menerusi video.

Video:

@sitinurfaseeha7 Ada yang nak buat treatment muka kat rumah, Sila booking ya 😂 by Spa Meera 😂😂 #mukacantik #kulitlicin #fyp #lawak ♬ bunyi asal – Seha Meera

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 39.5k tontonan, 3.2 tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

sumber sv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*