“Mana Kakak Mana Adik Ni” Cantik Di Usia 53 Tahun, Netizen Bandingkan Maria Farida Dengan DSV

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan dua wanita dikenali ramai iaitu pelakon, Maria Farida dan juga usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sedang melakukan konten TikTok.

Melalui video tersebut, jelas terlihat kejelitaan Maria Farida biarpun umurnya sudah mencecah 50-an dan tidak lupa juga DSV terlihat semakin susut dari yang sebelum ini.

Dalam pada itu, Maria dan DSV juga terlihat sedang menari sambil ‘memperagakan’ rantai emas yang dipakainya ketika itu.

@onlyyou_gold

Ada orang berkenan dengan rantai emas onlyyougold sye lah🤭#fypシ゚viral #datinfaridah #masukberandafyp #pageforyou

♬ DJ Jujur Sa Su Bilang x Aki Aki – Akka Production

Meninjau di ruangan komen, sememangnya warganet memuji kecantikan pelakon darah kacuk Melayu serta Filipina itu kerana dapat mengekal awet muda serta seakan-akan tidak dimamah usia.

Terdapat juga beberapa netizen sempat memandingkan kedua-dua wanita terbabit, di mana mereka berkata Maria kelihatan muda daripada DSV yang kini berusia 51 tahun.

Sekadar info, Maria sebelum ini ada memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak membuat sebarang rawatan pada wajah tetapi kecantikan yang dimiliki adalah semulajadi.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!FIONA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: beautifulnara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*