Pentingkan penjagaan kulit hingga Syafinaz digelar ‘vampire’

Kuala Lumpur: Datuk Syafinaz Selamat mengakui dia seorang yang sangat menitikberatkan dalam soal penjagaan kulit dan kesihatannya sehingga digelar ‘vampire’.

Syafinaz, 49, berkata, dia lebih selesa dengan wajahnya yang asli tanpa sebarang pembedahan plastik.

“Muka saya ‘original’ ya! Sejak usia 16 tahun saya sudah mula menjaga kulit. Saya sangat menjaga kulit muka dan badan saya kerana kulit saya jenis sensitif.

“Saya sebenarnya melabur dari segi masa dan wang untuk memastikan kulit saya kekal bersih dan sihat. Tapi nak kata bersih macam Fazura tidaklah, tapi untuk wanita yang seusia saya, saya bersyukur memiliki kulit yang sihat,” katanya.

Berkongsi mengenai tips penjagaan kulitnya, Syafinaz berkata, dia sentiasa mengamalkan pemakaian ‘mask’ muka dengan kerap.

“Saya mempunyai lebih dari 10 jenis ‘mask’. Selagi ada ‘mask’, tak kira mahal atau murah, saya akan beli dan pakai.

“Kadang-kadang dalam sehari saya memakai ‘mask’ sebanyak dua kali. Saya juga memastikan setiap pagi saya bangun tidur, saya akan minum dua gelas air kosong,” katanya.

 

 

 

 

 

Sumber : hm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*