4 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Ziana Zain Tak Akan Pi$ahkan Anak-anak Dengan Bapa Mereka..

4 tahun bergelar ibu tunggal, Ziana Zain akui soal jodoh bukan keutamaan. Penyanyi senior popular Ziana Zain yang juga kini bergelar ibu tunggal sentiasa  memohon agar Allah berikan yang terbaik dalam kehidupannya sekelurga.

Ziana  yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 kemudiannya bercera1 dengan talak satu di Mhkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018 telah dikurniakan empat orang anak.

4 Tahun Bergelar Ibu Tunggal

Berbicara soal jodoh kakak kepada Anuar Zain itu enggan mengatakan hatinya sudah tertutup mencari teman hidup dan tidak boleh menjangka takdir akan datang.

“Kini saya lebih tertumpu kepada kehidupan sebagai seorang ibu, penyanyi, kakak dan anak-anak saya.

“Apa yang terjad1 di masa hadapan, kita tak tahu.

“Saya tak beran1 cakap soal hati tertutup sebab di masa hadapan kita tak tahu.

“Tapi saya mohon pada Allah agar beri yang terbaik dalam hidup saya,” ulas Ziana.

“Bila minta yang baik, Allah akan bagi dalam bentuk apa… Wallahualam. Paling penting sekarang, saya nak menyanyi dan jumpa peminat,” katanya.

Ziana berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 yang berlangsung di Hotel Le Meredien, Kuala Lumpur. 

Sementara itu, Jualan tiket konsertnya bersama Anuar Zain, Anuar & Ziana Live In Kuala Lumpur 2022 pada 6 Ogos depan  habis terjual dalam tempoh tiga hari selepas ia dilancarkan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain)

Sekadar informasi, Ziana mendirikan rumah tangga bersama bekas ketua pramugara, Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 22, Muhammad Ammar, 18, dan pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh yang kini berusia 13 tahun.

 penyanyi Ziana Zain berkata dia sama sekali tidak melarang anak-anak meneruskan hubungan baik dengan bapa kandung mereka iaitu Armin Zaharin.

Menurut Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, dia mahu anak-anaknya hidup dalam keberkatan dan tidak menjadi anak derhaka.

“Saya tidak akan pi$ahkan anak-anak dengan bapa dia orang. Saya cakap dengan anak-anak saya nak hidup mereka ada keberkatan dari ayah dan juga ibu.

“Saya tak nak anak-anak saya derhak4 kepada ayah dia dan juga saya,” katanya.

Penyanyi lagu Madah Berhelah ini berkata demikian ketika di temu bual dalam rancangan Next To Neelofa musim kedua di Astro Ria pada Sabtu.

Dalam rakaman itu, Ziana Zain juga dilihat sebak dan menitiskan air mata berkongsi kisah perjalanan hidupnya itu.

 

 

 

 

Sumber: MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*