Kuala Lumpur: Pengasas snek paling ikonik negara Mamee Monster, Datuk Pang Chin Hin meninggal dunia pada usia 96 tahun, Sabtu lalu.
Akhbar Sin Chew Daily dipetik sebagai berkata, Pang menghembus nafas terakhir kira-kira jam 6.03 pagi.
Beliau meninggalkan tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan.
Menyingkap kisah hidup pengasas Mamee Monster itu, Pang memulakan kerjaya sebagai pengedar kereta terpakai sebelum memutuskan untuk membuka kilang kecil di Melaka bagi mengeluarkan mi segera pada tahun 1971.
Setahun kemudian, syarikat itu melancarkan produk pertamanya dikenali Lucky Instant Noodle, tetapi malangnya ia gagal dikomersialkan.
Pada 1974, anak lelaki Chin Hin, Tee Chew mendapat ilham selepas melihat penoreh getah memakan mi segera yang belum dimasak terus dari bungkusan.
Ia memberi idea kepadanya untuk menghasilkan mi segera siap dengan perisa tambahan.
Makanan ringan itu yang kemudiannya dikenali sebagai Mamee Monster, terbukti menjadi kunci untuk membuka kunci kejayaan syarikat itu.
Syarikat itu kemudiannya dijenamakan semula sebagai Mamee-Double Decker pada 1992 dan menghasilkan lebih daripada 50 makanan ringan yang amat digemari oleh rakyat Malaysia.
Sumber : hm


Leave a Reply